Sunday, November 14, 2010

Ceritera Baru,,,







Assalamualaikum w.b.t

Semoga semua dalam keberkatan dan kebahagiaan ,,, dengan nikmat dan limpah rahmat dari Allah s.w.t.
Masa berlalu, sudah sebulan saya di sem akhir untuk pengajian Diploma Al-Quran dan As-Sunnah.
buat sahabat yang mengenali jua ahli keluarga doakan kejayaan mengiriku.



Dalam masa yang sama juga, saya berpeluang mengenali ramai orang yang baru hadir dalam hidup saya. Seronok sangat kerna dapat timba pelbagai pengalaman juga ilmu. Pertemuan pertama dengan pensyarah yang mengajar sem kali ini semuanya baru dikenali kecuali Ustaz Rafian Pensyarah Bhs Arab yang saya hormati. Beliau merupakan salah seorg pensyarah yang mengajar kami pada sem ini.

Peraturan dalam kuliah pengajian beliau sem ini sangat menarik dan mendidik kami semua. Beliau menetapkan bahawa, bila azan berkumandang pengajian yang berjalan ditangguhkan seketika, dan kami sekelas bersama beliau akan bergerak menunaikan solat berjemaah. Kebetulan pula sem ini, kelas pengajian beliau pada hari keduanya, pada pukul 3.30 pm hinggalah 5.00 pm. Jadi,ketika waktu Asar,, kami berpeluang menunaikan solat berjemaah di masjid dan menyambung semula kuliah selepas itu. Ia adalah satu pentarbiyahan yang sangat bagus. Pada pendapat saya, sekiranya semua di kalangan kita berani membuat anjakan paradigma sedemikian,,, dengan menyahut seruan azan yang sangat sinonim iaitu "HAIYA 'ALA SOLATH, 'HAIYA A'LA FALAH' maksudnyer,, Marilah bersolat, dan marilah menuju kepada kejayaan, mudahlah kita mendapat keberkatan Allah,, kehidupan yang penuh keberkatan beroleh kepada kebahagiaan, walau tidak sekaya mana.


Bantuan Kebajikan Beroleh Ganjaran, Bantuan Kejahatan Diazab Dosa

Al-Nawawi seterusnya menghuraikan surah al-Asr untuk dikaitkan dengan topik ini. Al-Syafii mengulas tentang surah al-Asr ini sebagai: “Sesungguhnya ramai manusia lalai daripada menghayati surah ini.”

Mari kita lihat sepintas lalu maksud ayat-ayatnya:

“Demi Masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan dengan kebenaran dan mereka berpesan dengan kesabaran.” (Surah al-Asr, 1-3)

Surah ini dengan jelas memberikan kemuliaan yang besar kepada orang yang memiliki empat ciri dan sifat:

Beriman dengan setulus hati.

Beramal dengan amalan yang diperintahkan Allah.

Sentiasa mengingatkan satu sama lain tentang kebenaran iaitu Islam.

Sentiasa mengingatkan satu sama lain agar bersabar dalam mentaati Allah s.w.t.

Perkara yang ingin diberikan tumpuan oleh al-Nawawi melalui surah ini ialah perkara ketiga dan keempat yang melambangkan sikap orang beriman yang sentiasa menjadi pembantu kepada saudara seagamanya.

Seterusnya al-Nawawi menyebut pula empat hadis yang berkaitan dengan sikap bantu membantu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.(majalah solusi)


Perjalanan sebulan yang lalu sangat padat dengan pelbagai peristiwa. Peristiwa seterusnya, saya berpeluang bertemu dengan majlis ilmu pada minggu pertama november 2010 di Surau An-Nur Bangi berdekatan dengan Darul Syifa' . Majlis ilmu yang diadakan seusai solat Maghrib, menyentuh topik berkaitan Nasab Keturunan ,, memberi peringatan,,(tazkirah) kepada saya, dan rakan-rakan yang sama2 hadir(ikin, k.odah, fza, sha) . Kami sangat seronok dengan penyampaian Ustaz Harun Din . Beliau penyampaikan dengan bersahaja tetapi, isi dan gaya bhsnya sangat menarik tumpuan semua.


Kuliah pengajian kami tidak padat sem ini, tapi kami berhadapan dengan tugasan menghafal . Banyak teori yang perlu kami faham benar2 konsepnye terutama subjek Muhadithin yang mengungkap metode2 penulis kitab2 Hadith. Selain itu, saya juga perlu berhadapan dengan tugasan latihan ilmiah (LI) yang perlu dihantar pada minggu ke 12 sem ini iaitu 2 minggu sebelum exam final bermula, doakan saya berjaya menyiapkan dengan kualiti dan cemerlang. Manakala, tugasan lain juga memberi cabaran kepada kami iaitu matapelajaran English sem ini yang menuntut saya dan rakan memahami penggunaan cara berinteraksi dengan formal dalam pengurusan dan pentadbiran syarikat atau organisasi. Ia satu subjek yg sgt seronok. Saya dan rakan2 belum berkesempatan mempelajari subjek Quran Tafsir surah AN-NUR pada sem ini. Insyaallah ,, buka cuti mid sem nanti, kami berharap dapat mempelajarinya.



Sehari sebelum pulang ke perak, saya berpeluang menghadiri gathering maher zain msia fan club atas jemputan kawan baik Nabilah Amaani, beliau sangat bersemangat waja menghadirinya dan saya juga turut seronok.Pemanduan dari kolej ke syeksen 16 shah alam tidak mengalami masalah yang besar alhamdulillah,, kami pergi dan pulang dengan selamat. .


Saya bersyukur atas segala peristiwa dan pertemuan yang berlaku. Semoga kita semua berpeluang bertemu di syurga yang abadi ,,, Amin,,


Wallahuaalam