Friday, December 17, 2010

Jujurlah,,,,

Assalamualaikum,,,

Entry kali ini,,, ingin mengajak semua mengenali diri kita sendiri,,,
Perbualan telefon saya dan seorang junior SMKASAS juga ex student,, semalam,,benar-benar,, menyentuh hati,,,Saya disoal tentang,,, "kalau kita rasa kita baik dari dia macam mana?" ,,,
saya tidak menjawab persoalan itu dengan segera,,, sebaliknya mengingati kembali apa yang pernah saya dengari dari ceramah dan kuliah,,,

Saya tidak memberi rujukan dalil yang diambil,,,dan berharap agar dia mencari dalil berkenaan,,, jangan kita sangka amalan yang kita lakukan mencukupi untuk bekalan di akhirat,,, kerana segalanya berlaku dengan izin Allah,,, Takut perasaan rasa mencukupi itu menamatkan rasa ikhlas kita bina selama ini..wALLAHUALAM...

dan kita tidak boleh untuk terus melabel seseorang yang tidak nampak tidak sempurna cara tutup auratnya berbading kita jahat.... Allah sahaja yang lebih tahu akan apa yang tersimpan di dalam hati setiap orang,,,,Firman Allah..:

"Dan janganlah kamu mengambil sikap atau pendirian sesuatu yang kamu tidak tahu tentangnya, kerana sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati nurani akan dipertangungjawabkan " (17:36)

Ayat tersebut menegaskan akan kepentingan ilmu yang benar kerana ia asas kepada amal yang salih. Semua usaha akan sia-sia dan merugikan jika kita tidak berasaskan kepada ilmu yang benar.

Sumber-sumber ilmu sangat penting untuk kita memberi makanan kepada akal..
Ilmu boleh diperoleh melalui pembacaan dan juga pengalaman... Oleh itu,, ilmu bukan sahaja tertakluk kepada buku semata,,, ilmu yang diperloleh melalui pembacaan perlulah diamalkan,,,dan kemudiannya disampaikan,,,atau digunakan untuk memberi kebaikan kepada semua ummah...

Namun,, kita mudah lupa,,,, semuanya adalah milik Allah,, Dia jugalah yang berhak untuk memberi atau tidak ilmu itu,,Kita sebagai makhluknya hanya mampu berusaha,,,berdoa dan betawakal...

Masa yang berlalu,,, ada sebuah kehidupan yang perlu diisi,,,, bukan dibuang begitu sahaja...
Biarlah menangis,,, biarlah menyesal sekarang atas segala dosa dan silap kita,, bimbang tidak sempat untuk bertaubat... kerana kematian itu rahsia.,.


Mengungkap kepada tajuk entry.,... segala yang dilakukan dengan rasa jujur lazimnya mendatangkan kejayaan yang tidak disangka-sangka. Akal yang dikurniakan Allah,,,ada sesuatu kelebihan yang diberikan kepada manusia berbanding binatang. Namun ,, manusia yang bijak sahaja tetapi tidak mencampuri masyarakat juga tidak elok. Kita semua adalah ummah akhir zaman..

Terlalunya banyak fitnah berlaku,,,
Terlalu banyak kerosakan akhlak anak muda remaja
Terlalu sedih melihat dunia yang berlaku sekarang....

Manusia seolah-olah hilang dalam kemajuan yang memerangkap..