Saturday, October 22, 2011

Aku bukanlah layak untuk menegur tetapi...



Assalamulaikum salam hujung minggu...

Alhamdulillah masih sihat kita ,,,=) masih hidup kita,,,Alhamdulillah. dIRI ku hanya insan biasa...terlalu banyak khilaf ....dan dalam isu kali ini bukanlah aku layak untuk menegur tetapi sekadar ada rasa nak berkongsi untuk semua insan yang di sayangi muslimin dan muslimat.

10.30 am. FEM DKF1.1
..............................................kcb? APER la program tue,,,? cite tentang cinta ker? mmm camner nak cari jodohke? ....ain,k.syu n azie,,,,,, ku pandu satria hitam keSayangan ke sana........Sampai je program dah mula lewat 1 jam kami nie huhu..........................
BRO J pula tgh talk ttg SWEETNYE CINTA DAN DICINTAI......okay.....=) coz LOVE is WONDERFUL IF WE MAKE IT...LOVE ALSO CAN BE TROUBLE IF WE MAKE IT...

..............LOVE..................Kita yang corakkan...nak LOVE abadi,,,,,,,? Love sementara...?

................PILIH,,PILIH,,,CEPAT............DONT WASTE TIME...............MAUT ITU Pasti.....

Rasa ingin disayangi itu fitrah,,,antara lelaki dan perempuan,,,,mmm ada pula rasa fitrah itu jadi songsang antara lelaki dgn lelaki ,, perempuann dengan perempuan..... nauzubillah.....

......mcm tentang indahnya cinta yang diredai Allah...................diperkata dan dipertayang di slide,,,..........end 1st slot ..(dpat 1 jam kurang 30 min jer,,,,,,)........makan......................

slot kedua......................... ouh,,,pengalaman di Raudatu Sakinah........menyedarkan aku yang terlena dengan dunia ku.........................niatku diizinkan Allah,,,untuk mengetahui apa yg ada di sana dapat jua akhirnya... fenemona "seks sebelum nikah" ini terlalu banyak berlaku dari pelbagai peringkat umur...ISLAM,,,,,,,,,,menetapkan garis panduan yang relevan dengan keadaan semasa ,,,,tetapi,,,,,,,,generasi kini rapuh dengan gelombang dunia hari ni...

...........ISLAM..........tutuplah aurat dengan sempurna baik lelaki mahupun wanita,,,,,,,,,,,,,
Islam............SOLATlah dengan sempurna agar dapat mencegah yang mungkar............
Islam..........haramkan arak,,dadah ,,,yang memabukkan..............etc...macam-macam dah termaktub dalam lembaran ensiklopedia umat Islam (al-Quran) dan Sunnah itu....... namun,,,.
................siapakah harus dipersalahkan dengan peningkatan kes ini dann juga buang bayi? Bicara tentang masalah yang semakin rancak menular,,,, terlalu rumit,,,,, Ya Allah,,jauhkanlah kami dari bala bencana Mu,,,,

..........................Benarlah,,,bila masa zina berleluasa,,pelbagai penyakit yang pelik-pelik muncul. Ampunkanlah Dosa kami Ya Allah............Pelihara kami semua,,,Sesungguhnya,,,Ya Allah Engkau Maha Pengampun................Adakah kita mengambil tindakan bila berlaku di depan mata?????? Adakah kita menghampiri dia/mereka untuk menarik kembali dekat pada Allah????? Apa yang lazim kita lakukan,,,,,"eeee jahatnya diorang!!!" "ish,ish mak bapak x ajar ker" "aku bencila diorang yg couple ni!!!" "lantaklah korang,,,dah bunting nanti baru tau,," ..........................
sebahagian mereka,,,,,,,,,,,tak nak perkara itu berlaku,,,tapi kerana tiada arah yang hendak dituju serta bimbingan yang Hasanah,,, mereka terus terjebak.....PARAH jika kita masih bersikap demikian terhadap mereka,,,nampak jelas pentingkan diri..... Paling kurang,,,hulurkan lah risalah,,, tatkala ternampak...."eee aku x nak la dekat dgn diorg"...."tolongla..aku tak kuat..."...tahukah kita,,, jauh dari sudut hati mereka merintih meminta tolong ,,,"kembalikan aku pada jalan yang benar....." ..."aku menyesal sangat...tolong lah..." mungkin kalau kita edarkan risalah ia dapat menyedarkan mereka dan bertaubat malah berubah menjadi lebih baik dari,,,, Alhamdulillah,,saham free kita dpt dari Allah,,,,,=) ............

Cara aku mungkin berbeza,,,tetapi haluan kita sama....Larangan ZINA.......jANGAN hAMPirI zINA....slogan berbeza beza,,,,"jangan couple" dan macam-macam lagi,,,,,IBUBAPA pun turut menyatakan slogan..."jangan nak menggatal" similar meaningssss kan ,,, kenapa banyak kes berlaku dikalangan mereka sTUDENT IPT???? kenapa......? " eee dia budak IPT,,,BUAT juga...?" ..."penat je belajar tinggi-tinggi...tapi,,,,,eeee " ,,,, aku sendiri masih tiada jawapan,,,, tapi jujurlah,,,peranan kawan sekeliling itu penting,,siapa kita berkawan itu ada menyumbang peratus juga la terhadap perubahan diri kita.....silap kawan boleh bawa kita parah musnah masa depan,,,,(hidup nie purata samapai umur 40 ke 60 an jer..)

If,,kita nampak kawan-kawan kita yang terjebak masalah ini,,, jomla,,kita bawa dia ke jalan yang Allah suruh,,janganlah menjeling,, menghina atau menjauhi mereka,,,, dekatlah mereka,,, katakanlah,,, pada mereka teguran yang baik-baik ajak mereka berpuasa,,berpuka bersama,, solat berjemaah dan juga membaca al-Quran bersama,,,, supaya mereka tertarik hatinya kepada syariat sebenar.(mungkin selama ini mereka asyik)...Islam itu halus dan indah ,,, Kasihanilah sahabat kita,,, maafkanlah dia bencilah perbuatannya bukan dirinya,,,, kerana Allah Maha Pengampun.... kita tak tahu RAHSIA KEAMPUNAN ALLAH...

Jika tiada penyelesaian,,,, bincanglah pada keluarga mereka,,,agar dinikahkan ,,,,NIKAH,,,,bukan senang ,,,harus ada wibawa dan ia satu fasa kehidupan berbeza,,,,tapi itulah sahaja......bincanglah dengan yang lebih arif agar dapat memujuk kedua ibubapa kedua belah pihak untuk menikahkan mereka ....... Sebelum couple ini terjebak lebih jauh lagi ke lembah HINA ZINA.......Nauzubillah....

Love Cinta Ashiteru,,,semua itu terlalu mahal dan perlu dipelihara,,,,, HALAL LOVE .........SHOULD PERFOM............

...............................kEs Pembuangan bayi........menggugurkan bayi equal to membunuh..................
10 bayi dijumpai setiap hari di MALaysia,,,, OUH Malaysiaku,,,, BAYI yang tidak berdosa,,,, menjadi mangsa CINTA BUTA,,,,, ouh,,,slot seterusnya KCB,,,memeritkan telinga dan menyakitkan mata aku melihat,,,gerammmmmm bayi itu tergolek di tempat pembuangan sampah,,di lubang tandas,,,, dan banyak lagi,,,,,aku tak sanggup,,,melihat fakta ini meningkat!!! Bayi suci x bersalah,,kenapa dibuang,,, ? .... Wahai pembaca entry yang kukasihi kalian kerana Allah,,, mari kita cari penyelesaian ini,,,,,,,,,,

................Sakit Akhir Zaman.........................................aids, hiv +ve, sifilus,, gonorrhoae,,,,,,,,etc,,,,,,,, KEJAMkah? " SAKIT itu peringatan Allah Maha Penyayang kepada kita" .... entriesss macam-macam penyakit yang kutahu dari slot di KCB semalam ngeeeeeriiiiiii nauzubillah,,,, sakit,,,loya semua ada,,,,,Walaupun hanya dengar dan tgk slide,,,,,,,So,,,, LIGA ANTI ZINA,,,,,,

"Tidaklah nampak suatu perbuatan zina pada suatu kaum hingga mereka terang-terangan melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit menular dan penyakit-penyakit lain yang belum pernah ada pada orang-orang dahulu sebelum mereka." (HADIS RIWAYAT IBNU MAJAH)

Kita bimbing rakan or maybe ahli keluarga terCINTA TERLOVE ini dengan cara yang baik yang sedang HOT BERCOUPLE supaya penyakit pelik-pelik tidak MEREBAK,,,,tolonglah,,,selamatkan,,,, ini bukan bererti COUPLE ISLAM wujud NON okay!! BERTUNANG not couple,,, ia menuntut tanggungjawab yg besar,,janji kita untuk bernikah dengan bakal pasangan,,batasan syariat yang perlu kita pelihara,,,,, ...dont take tunang kita HALAL like ISTERI AND SUAMI like STATUS NIKAH/BERKAHWIN..... jelas dah,,semua entriesss yang bijak malah lagi bijak dari diriku...............

ISLAM AND UMMAH ISLAM I LOVE......
............................................Wallahualam,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,end KCB semalam,,,,,,,,,,,,,


Wednesday, October 19, 2011






Assalamualaikum

New LIFE bEGIN,,,,,
dOAkAN kESEJaHtEraAn KU...

HaNYa MemINjAM nIKmAt Allah,,
seMoGa Peroleh keberkatan

Wallahualam

Monday, May 9, 2011

Result Exam


Alhamdulillah,,syukur atas nikmat yang diperoleh,,, ternyata,,sahabat seperjuangan kuliah juga rata-rata berjaya dengan preatasi masing-masing meningkat. Doakanlah saya,,berjaya dalam bidang yang diceburi,,,wahai pembaca entry,,,=)

Semoga saya berpeluang sambung pengajian Ijazah Sarjana Muda pula..=)

2 days 1 night in Singapore












r



Assalamualaikum w.b.t. "Jika kita ingin melipatgandakan kebahagiaan, maka berilah kebahagiaan itu kepada yang lain", Wallahualam.

Entry kali ini masih berikisar dengan suasana percutian dan masa bersama keluarga. Saya berharap, pengalaman yang dikongsi bersama dapat memberi keceriaan kepada semua,,dan juga maklumat tambahan..

Pada hari Jumaat pukul 10 malam kami bertolak dari Seri Manjung ke JB. Kami tiba di RNR Machap untuk menunaikan solat Subuh dan bersarapan. Nasi lemak telah menjadi menu pilihan kerana kemungkinan besar proses di imegresen akan memakan waktu. Kami tiba di imgresen pada pukul 8.30 pagi dan mendapati kawasan sekitar dipenuhi orang ramai dan kenderaan. Hampir 2 jam kami terkandas di imegresen Singapura,,kerana orang ramai dan kawalan ketat berbeza keadaan sebelumnya ketika berada di Imegresen Malaysia.

Saya dan ayah memiliki pasport individu manakala ibu dan adik-adik sepupu saya menggunakan pasport kumpulan yang turut disertai oleh beberapa orang lagi kawan-kawan ibu dari SK Seri Manjung serta keluarga masing-masing.

Hari pertama kami di Singapura kami habis masa pergi tempat sInga yang menjadi simbolik negara yang dikenali Temasik suatu masa dahulu. Kami juga turut membeli belah di CHINA TOWN,, antara tempat yang saya sukai ..

Kemudian kami dibawa ke tempat empangan air dari laut yang dirawat menjadi air biasa. Kawasan ini dibuka kepada orang ramai sebagai tempat rekreasi dan ia percuma bagi akan datang saya tidak dapat maklumat pula, maaf.

Penginapan kami di hotel Geylang lorong 15 tidaklah seperti hotel di Malaysia yang berharga RM170 semalam. Jauh berbeza, kerana keadaan hotelnya sama seperti hotel budget yang berharga RM 60 semalam seperti di RNR hgway in dengan RM170 semalam di Singapura.
Namun, syukur Alhamdulillah,, saya tetap lena sedar-sedar jam pukul 6 pagi.huhu.

Hari yang dinanti tiba. Kami semua meneruskan perjalanan ke Universal Studio Singapura di Pulau Sentosa. Sampai di sana pada pukul 10 pagi dan kami diberi masa sampai pukul 5 petang di dalam USS. Ternyata, masa yang diberikan tidak mencukupi kerana saya tidak berpeluang merasai semua permainan dan memasuki studio yang ada. hehehe.Namun, pengalaman yang dirasai,,benar-benar membuatkan saya teruja Subhanallah,,Alhamdulillah. Di sini juga ada disediakan surau untuk umat Islam menunaikan kewajipan.,=)... Pada pukul 7.45mlm pula, kami menaiki monorail dari USS ke Indah beach iaitu salah satu tempat tarikan pelancong untuk menyaksikan Song of the sea.. iaitu kombinasi lagu, cahaya spot light, air..dan banyak lagi., sukar untuk saya ceritakan,,, huhu,,

Kami bertolak pulang untuk memasuki JB pada pukul 11 mlm. Pukul 12 mlm tiba di Hotel Selesa yang memang selesa,, kerana saya dapat sebuah bilik di tingkat 15 dengan katil Quean dan single,,,dan tidur mlm yang lena dengan suhu air cond yang sederhana sejuk. Alhamdulillah,

Begitulah,sedikit perkongsian dan kami bertolak pulang ke Seri Manjung sambil singgah di Ayer Hitam. Kami sekeluarga hanya membeli kerepek sahaja di sini. Huhu,,, Kami sampai di Manjung dengan selamatnya Alhamdulillah pada pukul 3 pagi =)

Wallahualam,,

Masa Bersama Keluarga





















Assalamualaikum wbt apa khabar semua? Saya berharap, kalian semua tertutamanya seluruh ahli keluarga tersayang, sahabat seperjuangan dan pembaca entry dalam keadaan baik-baik berlaka dengan aura diri yang cemerlang. Insyaallah. Entry kali ini, ingin saya kongsi bersama pengalaman saya berpijak di bumi Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Syukur, Alhamdulillah, saya berpeluang melihat kebesaran ciptaan Allah, dan menghirup udara segar di kaki Gunung Kinabalu, yang sering dirindui.

Perjalanan kami dari LCCT, Sepang bermula pada pukul 7 pagi penerbangan pertama pesawat Air Asia pada hari tersebut iaitu pada hari Jumaat. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Kota Kinabalu pada pukul 10.30 pagi lebih kurang 2 jam setengah masa tempoh perjalanan yang diambil.

Hari pertama, kami banyak menghabiskan masa di Pasar Filipino..yang mana rata-rata perniaga berbangsa Filipina yang raut wajah dan tutur bicaranya seperti orang kita. Pesan 'tourist guide' kepada kami, di pasar ini,, ada orang akan menjual handphone yang latest dengan harga murah.. black berry pun ada, tp,, itu adalah handphone tiruan...

Walaupun terganggu dengan penjual handphone sepanjang kami tetap sibuk membeli cenderamata untuk di bawa pulang nanti huhu,, rambang mata saya melihat koleksi rantai mutiara dengan harga yang ditawarkan. Kami juga turut melawat ke muzium Sabah dan di situ, beberapa maklumat dan model-model berkaitan budaya, pakaian dan rumah-rumah dapat kami ketahui.

Sibuk-sibuk berjalan,,rehat dan makan diperlukan juga. Penginapan 3 hari 2 malam kami sekeluarga di Hotel Shagri La, memang menyelesakan,,Alhamdulillah.

Pengalaman kami dari Kota Kinabalu ke kaki Gunung Kinabalu mengambil masa hampir 5 jam... jalan raya di sana tidaklah seperti di pantai barat semenanjung, perjalanan sekeliling kami diiringi pokok-pokok dan bukit-bukau,, Subhanallah,

Begitulah sedikit pengalaman,,

Wallahualam.

Sunday, April 10, 2011

LAST JAMUAN DIPLOMA






Kenangan bersama semoga UKhwah dalam Redha Allah.

Buah Tangan



"Short Sem Colour Life"






Assalamualaikum,, semoga kita semua dalam limpah Rahmat Allah s.w.t. dan kasih-Nya. Alhamdulillah,,segala pujian kepada Allah yang memberi pelbagai nikmat kepada kita.

Entry kali ini, menyentuh sebahagian peristiwa yang berlaku sepanjang sebulan 'short sem'. Lebih mesra dipanggil AIN dan suka bercerita itu dan ini itulah gelaran yang selalu diberi kawan-kawan. Menyiapkan latihan ilmiah yang tetangguh itulah punca utama ain di dunia "short sem" ini. Beberapa kesulitan yang boleh dijadikan alasan kukuh kenapa ain di dunia ini. Alasan pertama adalah kerana kekasihku yang bernama TOSHIBA dilanda demam yang tidak mampu kuberikan ubat untuk masa kini kerana "duit poket" yang diberi ibu ayah tidak mencukupi menampung pembiayaan kos rawatan TOSHIBA.
Itulah punca utama dunia "Short Sem" . Tapi, ain yakin pasti ada Hikmah Allah nak beri di sebalik kesakitan yang diterima TOSHIBA. Syukur pada Allah menghadirkan housmate yang memahami terutama "budak bilik bawah"(ina, fza, sarah, wawa) yang bertolak ansur meminjamkan kekasih masing-masing bila free seperti COMPACT, HP dan ACER supaya ain dapat peluang siapkan latihan ilmiah ini.

Jasa kalian memang tak terbalas, dan ain hargai sangat-sangat kerana kalian memahami. TOSHIBA yang kukenali, masih memberi kasihnya dengan memudahkan ain dan kawan-kawan "connect" to print HP agar kami dapat cetak apa yang telah kami tulis. Alhamdulillah, sakitnya TOSHIBA ketika print tak terlalu teruk.

Syukur Alhamdulillah, ibu dan ayahku memberi ain "Button Instant Backup" atau dikenali external hardisc yang memberi peluang ain menampung segala rujukan dan bahan latihan ilmiah ke dalamnya. Ternyata, ia banyak membantu malah memudahkan ain SAVE segala yang diperlukan.

Masa yang memenatkan menulis, ain berhenti dengan menikmati kemudahan U-PAX dari CELCOM dan HOT TICKET dari maxis menghubungi Ibu dan Ayah berkali-kali dalam sehari, (huhuhu) sampai dah tak tau nak cakap aper. Peluang HOT ticket yang ada, ain ambil kesempatan "sms" dan "call" kawan-kawan lama. Dapatlah hilangkan sedikit rasa ketepuan atau keterblockan idea.(huhu istilah sendiri, jgn diguna)


Hari ini juga adalah pertemuan ketiga bersama Penyelia Latihan Ilmiah ain.. Ustazah Maziah yang sangat baik dan 'sporting'. Bila dinamakan pertemuan dengan penyelia, pasti ada pembetulan yang perlu dilakukan. Itulah resam latihan ilmiah yang perlu disiapkan paling kurang enam puluh muka surat. Cabaran menulis latihan Ilmiah memerlukan ketelitian yang tinggi kalau tak mahu buat pembetulan banyak kali.(huhuhu)


Cukuplah setakat ini buat kali ini. Doakanlah segala urusan latihan ILMIAH selesai dengan cepat dan cemerlang. (rumah sudah kata mari-mari)