Thursday, May 19, 2016
Sunday, November 3, 2013
KETIKA ALLAH MEMILIHMU UNTUKKU
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin aku beritahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Ibu bapa yang begitu sempurna..
Dengan cinta yang begitu mekar..
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu aku katakan..
Saat Allah memilih mu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka waktu itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kau pun bukanlah lelaki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan bersatu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi ‘kita’..
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dengan ilmuNya..
Maka genggam tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah padaNya ta’ala..
Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tetapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah. .
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
Padamu yang Allah tetapkan sebagai pelindungku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata – kata mu adalah titah untukku,
Selama tidak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah pelindung yang indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga..
Yang dadanya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkat, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke SyurgaNya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..
Friday, September 13, 2013
TERSEPIT
Bukanlah mudah untuk menyatakan tidak.
Awan tebal di dada langit mendung jadinya cuaca di bumi negeri sembilan tanah kelahiranku. Perjalanan yang diteruskan hari ini sangat padat dengan pelbagai persoalan yang terungkai jawapannya satu demi satu.
Rasa sayang ini mula menebal dari hari ke sehari. Namun apakah daya aku perlu akur dengan tempoh masa yang telah ditetapkan ini. Bukan aku tidak sayang, bukan aku tidak rindu namun aku perlu pendamkan sagalanya demi sebuah keberkatan.
Aku rela mengecewakanmu kini dari kau kecewa akan datang. Aku rela aku dikecewakan hari ini dari menanggung kecewa kelak. Biarpun aku kelihatan tersepit dengan keputusan ini, namun ia adalah demi untuk sebuah kebaikan dan keberkatan.
Jika diikut rasa sayang yang menebal, akan ku cuba penuhi segala permintaanmu. Namun hakikat kebahagiaan bagaimana yang sebenarnya ingin aku dan kau miliki? Jika itu persoalan yang membelenggu usah dirisau lagi, teruskan ceria dan bersabar serta yakin Allah jua pemilik segala. Allah pasti akan penuhi segala permintaanmu, cuma ia sangat esklusif untuk diberi sekarang. Allah adalah Tuhan sekalian alam. Dia lebih memahami apa yang kita perlukan dan lebih mengetahui kekuatan dan kemampuan kita sebenarnya dari kita. Kerana kita sendiri masih belum mengenal diri kita.
Ujian sayang kita ini kita bergantunglah pada Allah,,, cinta kau dan aku hanya kerana Allah,,,,bukan kerana nafsu semata.
Sentiasa Sabar Itu Bahagia- SSIB
ain&Fi
Menjadi lebih baik moga lebih bahagia
Muncul story baru dalam hidup,,,,,
Dengan izin Allah kita masih berpeluang untuk teruskan hidup. Biarpun siapa diri kita, seorang pelajar, seorang pekerja, seorang penganggur, seorang jutawan yang terlalu banyak harta, seorang fakir yang hidup terkais-kais atau seorang yang terpaksa menempuh penyakit kronik atau jua seorang yang masih tercari siapa diri ini, atau seorang yang sedar diri ini pesalah,,, bersyukurlah. Aku ingin rasa bersyukur itu sentiasa hadir dalam diri. Ucapkan Alhamdulillah,, Alhamdulillah, Alhamdulillah. ucapkanlah lagi Alhamdulillah,,,
Bayangkan maknanya, Segala Puji Bagi Allah. Allah ,,,pemilik segala yang baik dan buruk.
Sabar dan Reda serta Tawakal pada kalimah Tauhid. Bersyukur kerana kita masih sedar siapa kita. Bersyukurlah,,, Alhamdulillah ,,,
Masih belum terlambat untuk kita membaiki kehidupan yang lebih baik.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aku biarkan jari ini menulis terus apa yang tersurat untuk mengungkap apa yang tersurat. Sejujurnya,,, dengan izin Allah jua, semoga apa yang ku coretkan ini membawa satu pengajaran ke dalam kehidupan yang lebih baik dan hebat di sisi ALLAH S.W.T.
Pernah beberapa tahun yang lalu, aku ceria. Sangat ceria tanpa peduli siapa. Itulah aku. Berlari ke sana sini dengan hati yang berbunga. Segarnya rasa bila dikenangkan semula. Hanya masalah ataupun kesalahan kecil sahaja yang aku lakukan tika itu dan masih boleh diperbaiki. Masih ceria dan masih terus berlari.
Kisahku dan warna ceria ini bukan abadi. Cuma sinar dan cahaya ceria seperti itu telah berlalu dan tidak akan hadir lagi. Keputusan yang aku buat lima tahun yang lalu benar-benar memberi warna-warni dalam hidupku. Adakalanya ia ceria, ada masanya pula suram ada masanya pudar dan pucat. Inilah keputusan yang aku pilih dan semoga aku sabar dan kuat menempuhnya. Semoga Allah sentiasa pelihara aku dalam kebaikan atas keputusan yang aku pilih.
Tiada lagi kebimbangan sejak semenjak ini,,, kerana Allah sedarkan aku dengan pelbagai peristiwa bahawa aku hanya perlu begantung sepenuhnya pada Allah. Tiadalah jua istilah sunyi menerjah jiwaku kini. Hari ini aku diizinkan ALLAH dengan satu rasa yakin bahawa Allah sentiasa Ada... ya,,keraplah berdoa agar Allah sentiasa mendengar Doa-doa kita hamba-Nya yang kerdil lagi lemah.
Jika Allah pisahkan sementara kita dengan seorang teman, usahlah berduka wahai diri, ku pohon doa pada Allah agar menggantikan teman yang lebih baik. Ternyata, teman itu luas maknanya. Jika kita gundah atau celaru,,,carilah teman yang benar-benar jujur dan faham isi hati kita,,, Susah bukan? Namun,,, jika kita berteman dengan kalam Allah segala rasa gundah itu rasa telah reda seolah-olah ada yang menyirami hati ini malah mengisi hati ini.
Isikanlah hati dan masa kita dengan kalam Allah. Sabar dan teruskanlah. Nikmatnya pasti tak terucap dengan kata-kata. Moga dengannya kita tergolong di kalangan hamba Allah yang sentiasa beriman kepada Nya. Moga kita jauh dari golongan munafik yang sangat menzalimi diri sendiri.
Teruskanlah perjuangan membaiki iman.akhlak.dengan menuntut Ilmu.
Sentiasa Sabar Itu Bahagia- SSIB
ain&fi

CERIAKANLAH DENGAN ZIKRU A'LA ALLAH |
Merdekakah?
2013, September - Penghulu Segala Hari
Hujan lebat selama 30 minit berlalu sudah, nafas ditarik terbau segar pohon hijau di luar jendela aras 4. Syukur kepada Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, memberi kita peluang untuk terus hidup.
Setiap hari biasanya aku bangun dan terus menyiapkan aktiviti yang telah direncanakan. Namun, hari ini sangat berbeza dengan semalam dan sebelum ini. Aku lebih bertenang dan perlahan-lahan melihat diri ini dengan renungan yang penuh persoalan di sebalik cermin. Soalan yang bertalu-talu menerjah jiwa dan benakku. ...
"Siapa aku?" ..............lama aku diamkan diri. Namun tiada jawapan ........
kali kedua soalan yang sama "Siapa aku?"..............masih bisu dan membatu tapi air retina basah ke pipi....
untuk kali yang ketiga ,,,,,aku gagahkan diri bertanya lagi..."Siapa aku?" ..........................
,,,,,,,,,,,,,,,,,,Hanya Allah sahaja yang tahu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Aku paksa jua diri ini untuk menjawab persoalan itu. Siapa aku di sebalik Nurain binti Sulaiman. Siapa aku di sebalik wajah ini,,,,
Aku hamba Allah s.w.t yang diberi amanah untuk meneruskan perjuangan sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Dilahirkan dari perut seorang ibu yang penyayang, Puan Napisah bt Ramli Muzammil bukan untuk sia-sia tapi ada amanah yang menanti. Dibesarkan oleh seorang ayah Encik Sulaiman b. Md Maliki dengan penuh kesungguhan bukan untuk suka-suka semata. Inilah sebahagian jawapannya.
Menjadi pelajar Fakulti Quran dan Sunnah bukan untuk mengejar segulung ijazah sahaja. Menjadi pinangan seorang lelaki bukan untuk berhibur semata. Diam,,,,,, aku diam memikirkan semua yang telah berlaku sepantas ini. Renungan ke luar jendela membuat satu lagi persoalan. Siapa kata aku merdeka? ,,,,,,
Aku terikat dengan banyak perkara,,,, bezanya aku tidak dijajah secara fizikal, keputusan yang aku lakukan masih bebas namun masih terikat dengan segala tanggungjawab siapa aku?

Kenapa aku bicarakannya?
Mana tidaknya, aku hanya hamba kepada Allah al-Khalik, namun aku bersyukur kalimah Syahadah itu masih bergetar jika dilafazkan. Syukur tidak terhingga. Biarpun aku sedar, aku tidak mampu menyatakan tidak yang aku pernah khilaf dalam hidup ini.
Hari berganti minggu dan bulan, aku masih berlari mengejar sesuatu tanpa lelah, iaitu sebuah pengampunan dari Yang Maha Esa. Moga hari-hariku lebih terasa manisnya beriman kepada Allah dan Rasul.
Biarpun aku bebas merencana segala sana-sini, aku sedar pemilik tetap untuk segalanya cukuplah Allah dan kepada Allah aku bergantung penuh atas kehidupan aku yang masih tersisa ini.
Jika wang yang aku kejar pasti dari dulu lagi keputusan berhenti belajar aku noktahkan.
Jika cinta manusia yang aku idam pasti dari dulu lagi aku tidak tidak di sini.
Jika bebas yang aku pilih sudah tentu dulu aku tidak mengejar masa ke sana sini.
Sentiasa Sabar Itu Bahagia-SSIB
ain&fi
Subscribe to:
Posts (Atom)