Sunday, April 10, 2011

LAST JAMUAN DIPLOMA






Kenangan bersama semoga UKhwah dalam Redha Allah.

Buah Tangan



"Short Sem Colour Life"






Assalamualaikum,, semoga kita semua dalam limpah Rahmat Allah s.w.t. dan kasih-Nya. Alhamdulillah,,segala pujian kepada Allah yang memberi pelbagai nikmat kepada kita.

Entry kali ini, menyentuh sebahagian peristiwa yang berlaku sepanjang sebulan 'short sem'. Lebih mesra dipanggil AIN dan suka bercerita itu dan ini itulah gelaran yang selalu diberi kawan-kawan. Menyiapkan latihan ilmiah yang tetangguh itulah punca utama ain di dunia "short sem" ini. Beberapa kesulitan yang boleh dijadikan alasan kukuh kenapa ain di dunia ini. Alasan pertama adalah kerana kekasihku yang bernama TOSHIBA dilanda demam yang tidak mampu kuberikan ubat untuk masa kini kerana "duit poket" yang diberi ibu ayah tidak mencukupi menampung pembiayaan kos rawatan TOSHIBA.
Itulah punca utama dunia "Short Sem" . Tapi, ain yakin pasti ada Hikmah Allah nak beri di sebalik kesakitan yang diterima TOSHIBA. Syukur pada Allah menghadirkan housmate yang memahami terutama "budak bilik bawah"(ina, fza, sarah, wawa) yang bertolak ansur meminjamkan kekasih masing-masing bila free seperti COMPACT, HP dan ACER supaya ain dapat peluang siapkan latihan ilmiah ini.

Jasa kalian memang tak terbalas, dan ain hargai sangat-sangat kerana kalian memahami. TOSHIBA yang kukenali, masih memberi kasihnya dengan memudahkan ain dan kawan-kawan "connect" to print HP agar kami dapat cetak apa yang telah kami tulis. Alhamdulillah, sakitnya TOSHIBA ketika print tak terlalu teruk.

Syukur Alhamdulillah, ibu dan ayahku memberi ain "Button Instant Backup" atau dikenali external hardisc yang memberi peluang ain menampung segala rujukan dan bahan latihan ilmiah ke dalamnya. Ternyata, ia banyak membantu malah memudahkan ain SAVE segala yang diperlukan.

Masa yang memenatkan menulis, ain berhenti dengan menikmati kemudahan U-PAX dari CELCOM dan HOT TICKET dari maxis menghubungi Ibu dan Ayah berkali-kali dalam sehari, (huhuhu) sampai dah tak tau nak cakap aper. Peluang HOT ticket yang ada, ain ambil kesempatan "sms" dan "call" kawan-kawan lama. Dapatlah hilangkan sedikit rasa ketepuan atau keterblockan idea.(huhu istilah sendiri, jgn diguna)


Hari ini juga adalah pertemuan ketiga bersama Penyelia Latihan Ilmiah ain.. Ustazah Maziah yang sangat baik dan 'sporting'. Bila dinamakan pertemuan dengan penyelia, pasti ada pembetulan yang perlu dilakukan. Itulah resam latihan ilmiah yang perlu disiapkan paling kurang enam puluh muka surat. Cabaran menulis latihan Ilmiah memerlukan ketelitian yang tinggi kalau tak mahu buat pembetulan banyak kali.(huhuhu)


Cukuplah setakat ini buat kali ini. Doakanlah segala urusan latihan ILMIAH selesai dengan cepat dan cemerlang. (rumah sudah kata mari-mari)