Friday, April 20, 2012

AKHIRNYA SIAP (2MINGGU)

Alhamdulillah,,,

Siap sudah semua kerja untuk hari ini,

Kerjasama antara kumpulan,

UBE 2452

INTERVIEW SESSION

Izziana ~ Nurain ~ Asma'



CREDITS TO


MADAM AZIRA IDRUS

BQA 1 & BQA 2 BELOVED MEMBERS


MY ROOMATE

YATIE~ ERIN~ BI aka Hasbanie

INSAN PALING PENTING 



TANPA ALAT-ALAT INI....(X kan jadi)
ALHAMDULILLAH ADA =)


Bintang itu bersinar di malam,
Akan ku nanti hadirnya kau pabila malam menjelma,
Syukur Alhamdulillah malam ini,,kau muncul jua tatkala aku menatimu,

Namun,,,, bila malam menjelma esoknya,,,
adakah aku dapat melihat kau bersinar redup lagi,,
Bintang,,,jauhnya kau di sana,,,
Tak tercapai aku akanmu,,, walaupun seringkali aku dapat melihatmu,,

Jarak kita terlalu jauh berjuta batu,,,,
Aku di bumi ini,,,,,,yang berputar pada paksinya mengelilingi bulan,,
Kau di sana bersinar indah jauh di langit tinggi,,,

Andai bisa ada waktu lagi,,,,
Aku akan tetap setia melihat sinarmu,,
Ciptaan Allah s.wt.

Cantik dan tenangnya cahayamu,,
Mendamaikan jiwa yang resah ini,,
Menyinari malam di kala gelap gelita,,
Memacu arah jalan pelayaran kapal-kapal,,,
Menunjukkan arah kiblat solatku,,

Ouh ,, Bintang-bintang,,,
Beribu-ribu kau di sana,
Mungkin berjuta-juta,,,,

Moga dapat ku lihat lagi
Redup cahayamu,

Thursday, April 12, 2012

الرسول الله صلى الله عليه وسلام

أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم مع الأطفال

وعن انس رضي الله عنه قال كان صلى الله عليه وسلم يمر بالصبيان فيسلم عليهم - رواه البخاري واللفظ له ومسلم. كان صلى الله عليه وسلم يسمع بكاء الصبي فيسرع في الصلاة مخافة أن تفتتن أمه. وكان صلى الله عليه وسلم يحمل ابنة ابنته وهو يصلي بالناس إذا قام حملها وإذا سجد وضعها وجاء الحسن والحسين وهما ابنا بنته وهو يخطب الناس فجعلا يمشيان ويعثران فنزل النبي صلى الله عليه وسلم من المنبر فحملهما حتى ووضعهما بين يديه ثم قال صدق الله ورسوله(وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ) (لأنفال:28) نظرت إلى هذين الصبيين يمشيان فيعثران فلم أصبر حتى قطعت حديثي ورفعتهما.

خلقه صلى الله عليه وسلم في معاملة الصبيان فإنه كان إذا مر بالصبيان سلم عليهم وهم صغار وكان يحمل ابنته أمامه وكان يحمل أبنه ابنته أمامه بنت زينب بنت محمد صلى الله عليه وسلم وهو يصلي بالناس وكان ينزل من الخطبة ليحمل الحسن والحسين ويضعهما بين يديه[1]



[1] http://www.saaid.net

Zaid bin Harithah

Apabila Rasulullah s.a.w diperintahkan menyampaikan Islam,orang pertama yang baginda sampaikan ialah isteri baginda iaitu Saidatina Siti Khadijah. Beliau tidak teragak-agak sedikitpun menerima Islam. Siti Khadijah adalah orang pertama dan wanita pertama yang memeluk Islam. Selepas itu Zaid bin Harithah masuk Islam.[1]

Zaid tinggal di rumah Rasulullah. Semasa beliau masih kecil, sukunya diserang dan dia ditawan. Kemudian beliau dijual sebagai hamba. Beliau berpindah daripada satu tangan ke satu tangan sampailah ke tangan Saidatina Khadijah. Hakim bin Hizam telah membeli Hazrat Zaid bin Harithah untuk ibu saudaranya Saidatina Khadijah r.anha. Apabila Hazrat Khadijah r.anha berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. untuk berkhidmat kepada Baginda s.a.w.

Perpisahan dengan Hazrat Zaid bin Harithah menyebabkannya ayahnya terlalu sedih. Kesedihan ini memang patut berlaku kerana cintakan anak-anak merupakan satu fitrah. Dia menangis kerana perpisahan itu dan berjalan ke sana ke mari sambil bersyair. Terjemahan syair-syair itu adalah seperti berikut:

Aku menangis dalam mengingati Zaid

Tidakku tahu apakah dia masih hidup?

Supaya aku terus menaruh harapan

Ataupun maut telah memusnahkannya

Demi Tuhan tidakku ketahui wahai Zaid

Adakah tanah lembut memusnakanmu

Ataupun mana-mana bukit yang memusnahkanmu?

Alangkah baiknya kalau aku mengetahui

Adakah tanah engkau akan kembali atau tidak sepanjang hidup ini?

Di seluruh dunia hanya hanya kembalianmu yang menjadi maksudku

Bila sahaja suria menyinsing

Hanyalah Zaid yang aku ingatkan

Dan bila sahaja hujan turun

Ingatan kepadanyalah yang menyiksa aku

Apabila angina bertiup

Ianya menyemarakkan ingatanku terhadapnya

Oh! Alangkah panjangnya kedukacitaanku

Kanku pacu unta-unta ke seluruh dunia

Untukmencarinya

Tidakkanku letih mengelilingi dunia

Kalaulah unta letih berjalan, biarkan unta itu letih

Tapi aku tidak akan keletihan

Akanku habiskan hidupku untuk mencarinya.

Cuma bila kematianku menjelma

Sememangnya maut memusnahkan segala-galanya

Walaupun sebanyak mana seseorang itu menaruh harapan

Tetapi akanku wasiatkan kepada orang-orang selepasku

Saudara, keluarga dan anak-anak

Agar mereka terus mencari Zaid seperti itu.

Begitulah keadaannya ke sana-sini mencari dan menangis sambil membaca syair-syair itu. Secara kebetulan, beberapa orang dari kaumnya telah pergi mengerjakan haji. Mereka telah mengenali Hazrat Zaid r.a. lalu menceritakan keadaan ayahnya sambil membacakan syair-syair itu dan juga kisah kerinduan dan perasaan sedih akibat perpisahan yang dialami oleh ayahnya itu. Lantaran itu Hazrat Zaid r.a. telah mengungkapkan tiga rangkap syair lalu menghantar kepada bapanya melalui mereka. Makna syair-syair itu ialah:

Saya di sini di Mekah dengan selamat sejahtera

Janganlah ayah bersedih durja

Saya di sini menjadi hamba

Kepada orang yang sangat mulia.

Orang-orang itu telah pulang lalu memberitahu bapa Hazrat Zaid r.a. tentang keadaan Hazrat Zaid r.a. yang sejahtera, tempat beliau berada dan membacakan syair-syair itu kepadanya.[2]

Lalu ayah dan bapa saudara Hazrat Zaid r.a telah pergi ke Mekah dengan membawa wang sebagai tebusan untuk membebaskan Hazrat Zaid darpada perhambaan itu. Mereka telah menyelidik dan mendapat tahu tempat Hazrat Zaid r.a. berada lalu mereka pergi menemui Rasulullah s.a.w. Mereka berkata, “ Wahai anak keturunan Hashim dan ketua kaum, kamu ialah orang yang tinggal di Tanah Haram, menjadi jiran kepada rumah Allah s.w.t. Kamu sendiri memerdekakan hamba-hamba, memberi makan kepada orang yang lapar. Kami dating ke tempat kamu kerana menuntut anak kami dan bebaskanlah dia. Bahkan ambillah lebih daripada wang tebusan pun.”

Rasulullah s.a.w bertanya, “ Apakah urusan kamu sebenarnya?” Mereka menjawab, “ Kami dating untuk mencari Zaid.” Baginda bertanya lagi, “ Hanya itu sahaja urusan kamu?” Mereka menjawab, “ Ya, hanya itu sahaja permintaan kami,” Baginda s.a.w berkata, “Panggilah dia, dan tanyalah dia sendiri. Sekiranya dia ingin pergi dengan kamu maka saya tidak akan memaksa seseorang yang tidak ingin pergi.” Mereka membalas, “ Tuan telah menunjukkan kebaikan untuk kami lebih daripada yang sepatutnya. Kami menerima tawaran tuan dengan penuh suka hati.” Selepas itu Hazrat Zaid r.a. dipanggil. Baginda s.a.w bertanya, “Adakah engkau mengenali mereka ini?” Jawab Hazrat Zaid r.a. “ Ya, saya mengenali mereka. Ini ayah saya dan ini pak cik saya.” Baginda berkata lagi, “Engkaupun mengetahui keadaan saya. Sekarang engkau boleh buat pilihan. Sekiranya engkau ingin tinggal bersamaku, engkau boleh tinggal bersamaku. Sekiranya engkau ingin pergi bersama mereka saya izinkan.” Hazrat Zaid r.a berkata, “ Tidak mungkin saya menyukai sesiapa lebih daripada tuan. Tuanlah ayah saya dan tuanlah pak cik saya.” Kedua-dua ayah dan pakciknya berkata, “Zaid, adakah engkau memilih perhambaan daripada kemerdekaan? Engkau lebih suka menjadi hamba daripada tinggal bersama ayah, pak cik, dan semua ahli keluargamu?” Hazrat Zaid r.a. berkata sambil menunjukkan kea rah Nabi Muhammad s.a.w, “ Ya, saya dapati daripada orang ini sesuatu yang menyebabkan saya tidak boleh menyukai segala sesuatu yang lebih daripadanya.” Mendengarkan jawapan itu, Nabi Muhammad s.a.w. terus meletakkan beliau di atas ribaan Baginda s.a.w sambil berkata, “Saya telah menjadikan Zaid anak saya”. Melihatkan peristiwa itu ayah dan pak cik Zaid r.a menjadi sangat gembira dan dengan kegembiraanlah mereka pulang meninggalkannya. [Tarikul-Khamis] Pada masa itu, Hazrat Zaid r.a. masih kanak-kanak. Dalam umur yang masih muda beliau sanggup mengorbankan rumah dan saudara mara demi untuk menjadi hamba kepada Nabi s.a.w. Keadaan ini jelas menunjukkan cinta yang begitu mendalam terhadap Rasulullah s.a.w.



[1] Zulkifli Mohd. Yusoff. Noor Naemah Abd. Rahman. Bibliografi Muhammad bin Abdullah. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. 2003. Hlm. 45.

[2] Syaikhu Hadis Maulana Muhammad Zakaria. Fadhilat Amal. ERA AMAL SDN. BHD. Kuala Lumpur.Hlm. 250

At-Tabiin Al-Qasim dan Kesungguhan Menuntut Ilmu


Al-Qasim bin Muhammad Cucu Abu Bakr Ash-Shiddiq yang Paling Mirip dengan Kakeknya

Filed under: Biografi Ulama Ahlussunnah by biladillah — Tinggalkan Komentar 9 April 2010

Sejak ayahnya meninggal, beliau hidup dalam keadaan yatim di bawah asuhan dan didikan bibinya, yaitu Ummul Mukminin ‘Aisyahradhiyallahu ‘anha, salah seorang istri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang dikatakan oleh para ulama sebagai orang yang paling berilmu ketika itu. Sehingga tidaklah mengherankan jika beliau kemudian menjadi seorang alim besar dari generasi tabi’in. Ditambah dengan kemuliaan akhlak dan adab yang melekat pada dirinya, sangatlah pantas kalau dikatakan beliau adalah salah seorang dari Al-Fuqaha’ As-Sab’ah.

Kunyah dan Nama Lengkap Beliau

Nama lengkap beliau adalah Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr Ash-Shiddiq At-Taimi Al-Qurasyi, Al-Madani Al-Faqih. Menilik dari silsilahnya, beliau merupakan cucu Al-Khalifah Ar-Rasyid Abu Bakr Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu, shahabat yang paling dicintai oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan sekaligus manusia terbaik di muka bumi setelah wafatnya Al-Mushthafa shallallahu ‘alaihi wasallam.

Tokoh tabi’in keponakan ibunda kaum mukminin A’isyah radhiyallahu ‘anha ini berkunyah Abu Muhammad, dan ada yang mengatakan beliau berkunyah Abu ‘Abdirrahman.

Keilmuan, Ibadah, dan Akhlak Beliau

Al-Qasim meriwayatkan hadits dari ayahnya (yakni Muhammad bin Abi Bakr), ‘Aisyah, Ibnu ‘Abbas, Ibnu ‘Umar, Ibnu Az-Zubair, Ibnu ‘Amr bin Al-‘Ash, ‘Abdullah bin Ja’far, Abu Hurairah, ‘Abdullah bin Khabbab, Mu’awiyah, Rafi’ bin Khadij, Aslam -bekas budak Ibnu ‘Umarradhiyallahu ‘anhuma-, Fathimah bintu Qais, dan yang lainnya.

Dan adapun para muhadditsun yang meriwayatkan dari beliau di antaranya adalah anaknya sendiri (yakni ‘Abdurrahman), Asy-Sya’bi, Salim bin ‘Abdillah bin ‘Umar, Yahya bin Sa’id Al-Anshari, Ibnu Abi Mulaikah, Nafi’ maula Ibni ‘Umar, Az-Zuhri, Ayyub As-Sakhtiyani, Ibnu ‘Aun, Rabi’ah, Abu Az-Zinad, dan masih banyak lagi.

Beliau adalah seorang tabi’in yang amanah. Wajar jika kemudian ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz yang dikenal sebagai khalifah kelima yang adil, tertarik akan keamanahannya. Ia berkata: “Seandainya aku punya sedikit kekuasaan, aku akan jadikan Al-Qasim sebagai khalifah.”

Al-Qasim kecil sabar menjalani takdir Allah ‘azza wajalla sebagai anak yatim dalam tarbiyah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, istri Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam. Menurut ‘Abdullah bin Az-Zubair radhiyallahu ‘anhuma, beliau adalah cucu Abu Bakar Ash-Shiddiq yang paling mirip dengan kakeknya.

Beliau pernah mengatakan: “‘Aisyah adalah seorang mufti wanita dari zaman Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan seterusnya sampai ia meninggal. Aku senantiasa bersimpuh menimba ilmu darinya dan juga duduk belajar kepada Ibnu ‘Abbas, Abu Hurairah dan Ibnu ‘Umar”.

Ini adalah ungkapan yang mengisyaratkan antusiasnya beliau terhadap ilmu agama meskipun menanggung beban hidup yang sangat berat sebagai anak yatim.

Ayyub As-Sakhtiyani -salah seorang alim di zamannya- berkata: “Aku tidak melihat seorang pun yang lebih utama darinya. Ia tidak mau mengambil uang yang (padahal) halal untuknya senilai seratus ribu dinar.”

Ini adalah ungkapan seorang alim yang menunjukkan sifat wara’ dan keutamaan Al-Qasim. Bahkan karena kehati-hatiannya dalam berfatwa, ia mengatakan: “Seseorang hidup dengan kebodohan setelah mengetahui hak Allah, lebih baik baginya daripada ia mengatakan sesuatu yang ia tidak mengetahuinya (berfatwa tanpa ilmu).” Sehingga Al-Imam Malik mengatakan bahwa beliau adalah seorang alim yang sedikit dalam memberikan fatwa.

Beliau juga dikenal sebagai seorang alim yang memiliki sifat tawadhu’. Ibnu Ishaq menceritakan: “Aku melihat Al-Qasim mengerjakan shalat, kemudian datanglah seorang badui kepada beliau dan mengatakan: ‘Siapa yang lebih berilmu? Engkau atau Salim?’ Maka Al-Qasim mengatakan: ‘Subhanallah.’ Terus beliau mengulang-ulang kalimat ini. Kemudian beliau mengatakan: ‘Itu adalah Salim, tanyakanlah kepadanya’.”

Ibnu Ishaq mengatakan: “Al-Qasim tidak suka kalau mengatakan: ‘aku lebih berilmu daripada salim’ karena hal itu termasuk memuji diri sendiri, dan beliau juga tidak suka kalau mengatakan: ‘Salim lebih berilmu’ karena berarti dia telah berdusta. Kemudian Ibnu Ishaq mengatakan: “Dan Al-Qasim adalah lebih berilmu daripada Salim.”

Dahulu Ibnu Sirin memerintahkan orang-orang yang menunaikan ibadah haji untuk melihat bimbingan Al-Qasim, maka orang-orang pun meneladani (mengambil bimbingan) dari beliau.

Sebelum meninggal, Al-Qasim berwasiat kepada salah seorang anaknya: “Ratakanlah kuburku dan taburilah dengan tanah, serta janganlah kamu menyebut-nyebut keadaanku demikian dan demikian.”

Pujian Para Ulama kepada Beliau

Abdurrahman bin Al-Qasim (anaknya sendiri) pernah mengatakan: “Beliau adalah manusia paling utama di zamannya.”

Yahya bin Sa’id berkata: “Kami tidak melihat seorang pun di Madinah yang lebih kami utamakan daripada Al-Qasim.”

Abu Az-Zinad berkata: “Aku tidak melihat seorang yang lebih tahu tentang As-Sunnah daripada Al-Qasim bin Muhammad, dan aku juga melihat tidak ada seorang pun yang lebih jenius daripada dia.”

Imam Daril Hijrah Malik bin Anas mengatakan: “Al-Qasim adalah salah seorang di antara Fuqaha’ umat ini.”

Sufyan bin ‘Uyainah mengatakan: “Orang yang paling mengetahui hadits (riwayat dari) ‘Aisyah ada tiga: Al-Qasim bin Muhammad, ‘Urwah bin Az-Zubair, dan ‘Amrah bintu ‘Abdirrahman.”

Ibnu Hibban mengatakan: “Beliau adalah termasuk tokoh tabi’in dan orang yang paling utama di zamannya dari sisi keilmuan, adab, dan fiqh.”

Wafat Beliau

Al-Qasim, seorang tokoh besar tabi’in yang buta di akhir kehidupannya ini wafat setelah meninggalnya ‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz. Para ulama berbeda pendapat dalam menyebutkan tahun wafat dan umur beliau ketika itu. Ada yang mengatakan beliau wafat tahun 101 H, atau 102 H, ada juga yang mengatakan tahun 105 H, atau tahun 107 H. Beliau wafat dalam usia 70 tahun pada masa kekhalifahan Yazid bin ‘Abdil Malik bin Marwan sewaktu menunaikan ibadah ‘umrah bersama Hisyam bin ‘Abdil Malik di perbatasan antara kota Madinah dan Makkah.

Di antara untaian hikmah yang pernah beliau ucapkan adalah: “Allah menjadikan (bagi) kejujuran itu (dengan) kebaikan yang akan datang sebagai ganti dari-Nya.”[1]






Muhammad Rifqi dan Abu ‘Abdillah Kediri. SITUS MA’HAD AS-SALAFY JEMBER: http://www.assalafy.org/mahad

URL to article: http://www.assalafy.org/mahad








Semoga Allah subhanahu wata’ala merahmati beliau.



[1] Muhammad Rifqi dan Abu ‘Abdillah Kediri. SITUS MA’HAD AS-SALAFY JEMBER: http://www.assalafy.org/mahad

URL to article: http://www.assalafy.org/mahad

Tuesday, April 10, 2012

jalan ini tidak berhenti



,,,Saat memerhatikan sekeliling bilik yang hanya aku sahaja penghuninya kini...,,
Adakah noktahnya jalan yang aku lalui kini? Jalan sebagai seorang penuntut ilmu Allah yang Maha Bijaksana....Kipas ligat berputar seligat fikiranku. Ternyata aku hanya peroleh jawapan dari persetujuan akal dan mata hati, jalan menuntut ilmu tidak ada hentinya melainkan maut menjemput kita.

Doaku, moga jalan jihad ini dipenuhi dengan Barakah dan Rahmat-Nya. Amiin,

Saat MP3 Samsung mini galaxy pinjaman Allah kepadaku memutarkan Kalam-Nya, betapa aku masih tidak tahu. Apala sangat yang aku ketahui jika hendak dibandingkan dengan mereka yang tergolong sebagai ahli ilmuwan Islam. Kesungguhan mereka di siang hari berganti pula di malamnya menelaah ilmu Allah yang sangat luas,,memang jauh sekali denganku. Banyak sangat masa lapangku tidak diisi dengan menambahkan ilmu. Allah,,Allah,,Allah,,,

Pelihara jalanku,,jalan ibu dan ayahku,,jalan guru-guruku,, jalan ahli keluargaku,,sahabatku,,,dan umat Islam akhir zaman amnya agar kami bertaqwa kepadaMU. Cabaran yang amat terasa dengan pelbagai serangan dari musuh-musuh Islam kini jelas terasa dan kelihatan. Pengaruh musuh-musuh yang semakin berleluasa, meruntun jiwa ....mampukah aku?

................................

Umur yang panjang dan berkat pula adalah antara doa yang

sering dipanjatkan oleh para salafussoleh kepada Allah.


Umur yang panjang dalam ketaatan, tentunya lebih baik


daripada umur yang pendek dalam ketaatan.

Qasidah Tholama

Tholama asyku ghoromi yaa nurol wujud
wa unadi ya tihaami yaa ma’dinal juud

For so long I have complained of my loneliness
Oh light of existence, light of Allah…
I mention, I call you, oh, Noble Mecca,
Source of excellence and sublimity…

Mun-yati aqshol maromi ahzho bissyuhud
wa aro baabas salami yaa azkal judud

My ultimate expectation and goal is the meeting with you,
It is the crown of my success…
I have seen the Port of Safety,
Oh, he whose essence is purity….

Ya sirajal kauni inni aashiq muntaham
Mughramun wal Madhu fannii Ya Badrat Tamaam

Oh, Light of creations…
verily my longing for you has mountained…
My longing and poem becomes my art
Oh, Perfect Full Moon…

Ishrifil’aroodho’ anni adhnaanis saqom
fiika qod ahsantu zhonni yaa saamil’uhud

Remove the bothersome veil so that I may see you,
I have a strong expectation of your promise of safety
Oh, one who is firm in his promises,…

Yaa sirojal anbiyaa-i yaa’alil janaab.
yaa imaamal atqiyaa-i inna qolbi dzaab

Oh, light of the prophets, Oh, summit of purity,
Leader of the people of Taqwa, My heart is one with you…

Wa’alaikallahu sholla rabbi dzuljalal….
Yakfi yaa nurol ahillah inna hajri thool…

For you may there be the salutations of Allah,…
My Lord is indeed the Master of Every Perfection…
It’s enough for me, Oh, light of Allah,
To journey towards you, surely the separation is long…

Sayyidi wal’umru walla jud bil washli jud

My master, all my life you are my beloved,
Hasten my meeting with you…

Jumpa kawan baru yang tidak disangka-sangka


Apakah perasaan entries sekalian bila jumpa kawan baru?
1) meragui
2)seronok
3)tiada perasaan

jawapan saya yang ke2. suka berkawan dan berkongsi ilmu & pengalaman.
kawan baru juga memberi ion positif dalam hidup kita Insya Allah,,,,berdasarkan buku2 motivasi yang dibaca...

kawan baru,,,,,(kita perhatikan 2 perkara)
1) akan terus menghubungi antara satu sama lain (walaupun hari2 atau jarang sekali)
2) tidak ambil kisah terus

sy memilih nombor satu... sebab sy nak belajar benda baru walaupun tema nya sama contoh sambal,,, huhu saya tahu makan nasi panas dengan sambal belacan, sambal tempoyak,,n budu..
tapi,,kawan baru saya baru beritahu ada sambal famous di satu negeri namanya sambal tok-tok..negeri kelahiran ayah tercinta....(sy tahu entries lagi arifff huhu)

selama nie sy x peka asalkan sambal,,huhu masa blk kg di felda lenga bt27....
syian ayah sy asyik makan sambal tempoyak jer sejak di perak,,,takper,,sy dh google cara menyediakan so,, tunggu masa bila bertemu,,surprise ayah,,,

huhuuh itu baru cerita sambal,,,,,
kawan baru sy byk juga ceritanya,,,tapi tuela,,,belum sempat nak tanye hari-hari,,,,,,

,,,,nnt sy cerita lagi ,,,,,Assalamualaikum,,,,,berkasih-sayang kerana Allah

Monday, April 9, 2012

pelangi tahun 1 di usim















ukhwah kita





berehlah bersama sahabt di PD&MELAKA










Persahabatan yang dirasai kini semakin terasa,,,indahnya kehidupan memiliki sahabat-sahabat yang baik.

Bertambahnya sahabat, bertambahlah pengalaman dan cerita baru. Dahulu masa diploma berjalan-jalan di PD. Kini mara selangkah ke Melaka bersama sahabat.

Susah senang sama-sama begitulah kehidupannya. Walau terluka pasti Allah hadirkan sahabat menemani kita untuk merawat luka itu dengan sendirinya tanpa kita sedari. Alhamdulillah.

Pentingnya rehlah jelas sekali dapat dikatakan. Rehlah mengikat utuh tali persahabatan. Mendekatkan jiwa yang jauh agar hidup berjemaah. Bersolat berjemaah, makan berjemaah dan berjalan pun berjemaah. Bukankah musuh yang nyata tidak suka manusia menjalankan aktiviti berukhwah? So, ukhwah ini belum pasti utuh jika tidak menempuh ujian. Beberapa hari sebelum perjalanan, kami diuji dengan sedikit salah faham. Cukup menekan emosi ketika itu kerana perlu fokuskan pada sesi kulliyah. Pujuk dalam diri, Allah maha ADIL pasti ada hikmah. Ya, ternyata salah faham itu berakhir bagai air mengalir, hilang lenyap menyepi entah ke mana. Masing-masing kembali bertaut di hari kami bertolak walau ada tiga orang sahabat muslimah tidak dapat serta.

Allah, Allah, Allah, ceria pelangi jiwa ketika itu. Inilah rombongan ukhwah. Kami menelusuri lebuh raya utara selatan seawal 9 pagi dengan konvoi 5 buah kereta semuanya. Kebetulan semua kereta berwarna hitam menambahkan lagi suasan ceria berkonvoi. Singgah sarapan di Pantai Port Dickson, bukan bersarapan sahaja tapi sempat mencuri peluang menaiki bot laju bersama sahabat. Kebetulan ibu ayah tercinta pun ada kerana hendak habiskan cuti sekolah, maka adik sepupu turut serta menaiki bot.

2 JAM dihabiskan di Pd. Perjalanan di teruskan ke Melaka. Chelet di Bandar Hilir menyelesakan kami dan berehat sampai 6 petang. Bermula semua expedisi round-round Bandaraya Melaka. Kesesakkan yang teruk membuatkan kami mengambil keputusan parking kereta dan berjalan kaki sahaja di bandar. Melaka, banyak sungguh pelancong. Saya adalah pelancong tetapnya setiap tahun huhuhu. Menikmati bandar raya Melaka, dan bergambar kenangan. Perjalanan save budget, so kami hanya keluarkan camera masing-masing merakam sejarah. Tiada siapa antara kami yang menaiki bot dua alam, monorail atau menara taming sari. ....huhu maafla ya sahabat, saya dah jenuh gayat kat atas menara taming sari so, saya memang pandang sebelah mata je hari tu,,,huhu

Maghrib tiba, kami ambil keputusan jama' ta'khir. River cruise menggamit-gamit dengan offer orice RM8 each. So rebut peluang naik bot lagi. Plan utama lepas turun nak solat d masjid terapung,,,(huhuhu ain jer panggil nama tu x so google la ekk namanya) tapi ramai yang keletihan maka terus pulang ke chalet.

11 MLM setelah solat dan berehat,,,(siap terlelap lagi dalam AFH****,,,,, sebab kat chalet riuh,,mengantuk sangat) so,,, siap2 berBBQ... tolong tgk je coz muslimin yang prepare semua.
meriah juga la siap ada game kotak beracun (tujuan nak mengenali sahabt dengan lebih dekat dengan soalan yang mengena huhuhuu) sampai 3 pagi.

6.30 pg
agak lewat subuh kami....namun, tetap ditunaikan secara berjemaah. seusai itu ada tazkirah subuh lagi dari imam solat ketika itu. peringatan bahawa kehidupan hanya sementara sahaja.
menusuk jiwa dan minda,,,, sahabat,, salinglah kita ingat-mengingati antara satu sama lain agar kita lebih bertaqwa kepada Allah...

8.30 PAGI AHAD
Sarapan handmade, cucur dan nasi lemak order,,,ayam BBQ yang dipanaskan dalam ketuhar, dan juga popiah segera...ALhamdulillah banyk sungguh menu nya. Berkat berjemaah..kenyang sudah kami bersarapan, beriadah pula.huhuuh terbalik...

11.45 tgh bertolaj pulang dari Allisya homestay, bandar hilir melaka....lambaian selamat jalan teraasa sekali,,huhuu

2pm berhenti solat zuhur jama' dgn asar. SAMBUNG perjalanan. dan berhenti lagi d pantai PD kerana perminataan majority nak mandi pantai.huuu saya berangan seketika sementara menuggu hampir 2 jam sahabat2 bermandi-mandi dan ada yg shopping sakan.

................................pulang dan selamat tiba di KK1 jam 9 mlm Alhamdulillah =) .................

semoga ada peluang lagi kita berehlah bersama

Awal 2012 bersama keluarga




Assalamualaikum w,b,t

jari-jemari terasa nak menaip sesuatu d teratak Cahaya Iman yg sudah berbulan lama tidak dikunjungi...

AL-FATIHAH dan doa qunut nazilah kita hadiahkan kepada sahabat-sahabat Islam yang sedang berjuang mempertahankan Maruah Islam walau di mana sahaja mereka berada terutama di Syria.

...syukur Alhamdulillah dikurniakan kita menetap di negara yang aman dari kencaman sebegitu,,

sedikit perkongsian,,,,


.......................................................masa bersama keluarga yang dirindui......................................
walau peristiwa itu sudah berbulan berlalu,,namun masih segar diingatan. Cuti semester yang dimannfaatkan bersama keluarga cukup bermakna dalam kehidupan yang semakin singkat ini. Walau tidak segah mana, tapi bagiku,,,ia sangat memberi kesan emosi,,,,memberi motivasi untuk aku terus melangkah dalam perjuanganku di bumi Usim ini.

Menggamit sejuta rasa tatkala mengingati akan waktu itu, adakah peluang lagi untuk aku bersama mereka? Insya Allah,,,doakanku agar masih lagi Allah berikan peluang. Keterbatasan waktu, menghalang aku pulang sekarang, cukuplah Allah Maha Mengetahui,,dan ibu ayah yang memahami kenapa aku tidak dapat pulang seperti rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Alhamdulillah ibu ayah memahami diriku, bertuah aku memiliki mereka, sungguh aku bahagia terima kasih ibu ayah, Syukur Alhamdulillah. Masa yang ada ini, ingin ku berkongsi sesuatu. Kehidupan ini, ibarat roda. Walau siapapun ibu ayah kita, mereka tetap perlu kita hormati dan pelihara hak mereka sebaiknya. Keredaan adalah perkara utama yang kita perlu kejar dari mereka supaya Allah sudi meredakan hidup kita kerana Redanya mereka berdua.

Merebut peluang menjadi anak yang baik. Bukanlah susah, malah sangat mudah jika hendak dibandingkan dengan madah-madah yang kita pelajari. Menghubungi mereka dengan kerap juga adalah salah satu tanda kasih sayang yang boleh kita pamerkan jika berjauhan dengan mereka. Tidak cukup dengan kiriman barang atau kad-kad comel menyatakan tanda terima kasih atau sayang ibu sayang ayah, Insya Allah menggetarkan jiwa mereka. HUHU,,kadang-kadang bila balik, mereka tidak tunjukkan rasa itu,, tapi cukuplah kita ketahui mereka sangat merindui kita. Bebelan yang mereka lontarkan juga salah satu dari tanda mereka sangat rindukan kita. Bukan aper, bila berjauhan tidak ada peluang mereka nak meluahkan rasa pada kita. Sungguh, bebelan ibu dan ayah adalah paling jujur dan telus untuk kebaikan kita. (maklumlah, anak tunggal nie,,,,sy sorang jela anak mereka,,,,so saya memang merindui mereka membebel,,,banyak ilmu x formal ttg kehidupan yang saya dapat dari itu)

Setakat ini sahaja luahan rindu pada ibu dan ayah....=)