Friday, October 8, 2010

Laman Kesihatan

Tajuk: TANDA-TANDA penyakit KANSER PERUT
Dikirim oleh: NurWahidaFauzi on 10 July, 2007, 08:34:25 PM


Tanda-tanda penyakit kanser perut

AMALAN pemakanan yang seimbang dan sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang.
Ketidakseimbangan pemakanan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai gejala penyakit pada tubuh.

Bagi kebanyakan penyakit tertentu, amalan pemakanan seseorang mempunyai kaitan rapat dengan penyakit yang dihidapi.

Demikian menurut Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad.

Katanya seperti penyakit-penyakit kanser lain, punca kanser perut masih belum dapat dikenal pasti.

Bagaimanapun, katanya kemungkinan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai N-nitrosa (N-Nitrosa compound) yang terhasil daripada makanan yang mengandungi nitrat yang diubah menjadi nitrit mungkin boleh menyebabkan kanser perut berlaku.

³Terdapat andaian mengatakan makanan seperti acar, daging, ikan yang diasap atau mengandungi banyak garam seperti ikan atau daging masin memudahkan proses karsinogenesis iaitu pencetus kejadian kanser perut dan pembiakan sel tanpa kawalan pada perut,¹¹ jelasnya.

Selain itu, faktor baka dan individu yang dikategori dalam kumpulan darah jenis A, berisiko tinggi mendapat kanser perut anemia pernisiosa iaitu kelainan pada sel-sel perut yang bersifat autoimun boleh meningkatkan risiko kejadian kanser.

Aminuddin memberitahu, kanser ini secara umumnya berlaku ketika usia yang lanjut.

³Lebih 60 peratus kes-kes kanser yang ditemui pada pesakit yang berumur 65 tahun ke atas biasanya terdiri daripada golongan lelaki,¹¹ ujarnya.


Tuesday, October 5, 2010

Assalamualaikum w.b.t.


Masa cuti sem yang berbaki saya suka layari facebook
satu laman web sosial yang tidak asing lagi masa kini , namun sejauh mana penggunaannya bergatung pada niat dan tujuan. Ingatan bersama , sesuatu yang baik perlulah diteruskan, dan sesuatu yang tidak berfaedah malah merosakkan perlu ditinggalkan.


Oh puisi, ya , mengenali saya,insan yang suka pada puisi ,kerna di situ letaknya seni dalam penyampaian mesej kepada individu mahupun khalayak, berdasarkan puisi di bawah dengan tajuk yang sangat sesuai dan berkait rapat dengan kehidupan begitu ringkas namun sarat dengan pengajaran , saya copy puisi ini untuk perkongsian bersama semoga dapat manfaat dari laman facebook seorang insan yang saya terterakan nama beliau di bawah puisi ini, selamat menikmati puisi,,



Antara Dua Pilihan



Apabila kamu berkawan dengan lelaki,




ingatlah ada dua pilihan terbentang



PERTAMA...


kamu jadi seperti KELAPA...


mudah diperoleh..


diparut...diperah..


dan diambil santannya...


lepas itu hampasnya dibuang...



KEDUA...


Kamu menjadi sebutir MUTIARA..


berada di dasar lautan...


tersimpan rapi..


dilindungi kulit...


bukan senang nak lihat..


apa lagi mendapatkannya..


hanya orang yang bertuah ...


berusaha menyelami dasar lautan...


dapat memperolehnya..


harganya mahal sekali..


dan ia akan tersimpan selamanya..



jadi..



kamu pilihlah sama ada hendak menjadi



KELAPA ataupun MUTIARA..




di sebalik SANTAN..



menjadi penyedap makanan..


diperah segala kenikmatan..


dengan mudah jatuh menjadi titisan..


akhirnya habis kari dimakan..


pulut panggang sisi habis ditelan..


dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..


yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..


orang tak kenang jasa SANTAN..




MUTIARA...


tertanam di dasar paling dalam...


sukar andai mengharap jadi perhatian..


kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..


namun kiranya ditemui insan..


akan menjadi PERMATA HIASAN..


terletak tinggi di cincin idaman..


atau di leher nan jinjang..


atau di lengan menawan..


makin lama MUTIARA tertanam..

makin tinggi nilainya..



oleh itu...



pilihlah sendiri...




menjadi SANTAN..


mudah jadi perhatian..


tapi hanya sebentar jadi santapan...


kemudian hilang segala nikmat dan pujian..




menjadi MUTIARA..


sukar ditemukan..


namun bila dihias indah gadis rupawan..


hilang ia..


tangisan mengiringi zaman..



(lina hamizah)

Monday, October 4, 2010

Sahabat Cermin Diri Kita















S

Utuhnya Ukhwah Membawa Kejayaan!!!


Post ini mengingatkan diri tentang tanggungjawab yang perlu dipikul dengan kreatif,dedikasi, ceria dan juga bervisi.

Salam Mujahidah

RayER dh hampir penghujung....=)


Assalamualaikum w.b.t.

Salam kejayaan,,,buat semua! Kejayaan kita menempuh hari baru, kejayaan kita menunaikan ibadah dan tanggungjawab. Begitu kejayaam maknanya sangat subjektif pada setiap invidu di dunia ini. Perasaan kita masa berjaya adalah sangat gembira. Bersyukur pada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah atau lebih baik lagi sujud syukur, (jgn lupa takbir Allahuakbar sebelum sujud yer...) agar sah sujud itu.

Dalam kesibukan kita menghadiri jemputan rumah terbuka, kenduri serta menziarah saudara mara, jangan lupa untuk kita sama-sama merebut peluang menunaikan puasa sunat Aidil Fitri bagi yang belum menunaikannya, agar kita lebih dekat dengan Allah dan salah satu cara kita menzahirkan kesyukuran pada Allah atas nikmat yang pelbagai kita peroleh.

Juga peringatan bersama, setelah beberapa hari kita bergraduasi dari Ramadhan, semoga apa yang diamalkan seperti bertadarus dan berqiamulail dapat terus kita istiqamah dalam mengerjakannya, Amin. Semoga pentarbiyahan Ramadhan mengikat kita terus untuk berlumba-lumba beribadah kepada Allah, dengan seikhlas hati,Insyaallah.

Sambil kita bergembira, mari kita sama-sama berterusan bermaafan seperti apa yang kebiaasaan dilakukan pada awal Syawal . Walaupun masih ada rasa sebak atau perit di hati untuk menerima kemaafan dari seseorang akibat perbuatannya yang kita sendiri tidak duga, eloklah jika kita ringankan lafaz "saya maafkan" semoga kemaafan itu memberikan kita nafas baru untuk terus berjaya.

Friday, September 17, 2010

sUaSaNa RaYe KiNi







Sempena Syawal ini,,,saya berkesempatan bertemu bersama sahabat-sahabat sewaktu zaman UPSR 2002,,, yang telah lama tidak bersua,,,, kami berkumpul di rumah Cikgu Nursiyah guru kelas pada masa itu,,

Alhamdulillah,,,,semoga ukhwah yang terbina lebih utuh dan diberkati,,,,=)


Selamat maraikan Syawal dengan penuh makna di samping bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan.


Jagalah, erti Syawal


Syawal yang berbaki ini mari kita sama-sama berpuasa sunat selama 6 hari dalam bulan ini,
puasa sunat tersebut boleh dilaksanakan samada berturut-turut,selang seli atau 6 hari dalam bulan itu walau seminggu 2 hari ...=)


Semoga ibadah ini,,,diterima Allah,,,

Thursday, September 9, 2010



Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin,,,, Semoga kita diberkati,,,,