Sunday, April 10, 2011

LAST JAMUAN DIPLOMA






Kenangan bersama semoga UKhwah dalam Redha Allah.

Buah Tangan



"Short Sem Colour Life"






Assalamualaikum,, semoga kita semua dalam limpah Rahmat Allah s.w.t. dan kasih-Nya. Alhamdulillah,,segala pujian kepada Allah yang memberi pelbagai nikmat kepada kita.

Entry kali ini, menyentuh sebahagian peristiwa yang berlaku sepanjang sebulan 'short sem'. Lebih mesra dipanggil AIN dan suka bercerita itu dan ini itulah gelaran yang selalu diberi kawan-kawan. Menyiapkan latihan ilmiah yang tetangguh itulah punca utama ain di dunia "short sem" ini. Beberapa kesulitan yang boleh dijadikan alasan kukuh kenapa ain di dunia ini. Alasan pertama adalah kerana kekasihku yang bernama TOSHIBA dilanda demam yang tidak mampu kuberikan ubat untuk masa kini kerana "duit poket" yang diberi ibu ayah tidak mencukupi menampung pembiayaan kos rawatan TOSHIBA.
Itulah punca utama dunia "Short Sem" . Tapi, ain yakin pasti ada Hikmah Allah nak beri di sebalik kesakitan yang diterima TOSHIBA. Syukur pada Allah menghadirkan housmate yang memahami terutama "budak bilik bawah"(ina, fza, sarah, wawa) yang bertolak ansur meminjamkan kekasih masing-masing bila free seperti COMPACT, HP dan ACER supaya ain dapat peluang siapkan latihan ilmiah ini.

Jasa kalian memang tak terbalas, dan ain hargai sangat-sangat kerana kalian memahami. TOSHIBA yang kukenali, masih memberi kasihnya dengan memudahkan ain dan kawan-kawan "connect" to print HP agar kami dapat cetak apa yang telah kami tulis. Alhamdulillah, sakitnya TOSHIBA ketika print tak terlalu teruk.

Syukur Alhamdulillah, ibu dan ayahku memberi ain "Button Instant Backup" atau dikenali external hardisc yang memberi peluang ain menampung segala rujukan dan bahan latihan ilmiah ke dalamnya. Ternyata, ia banyak membantu malah memudahkan ain SAVE segala yang diperlukan.

Masa yang memenatkan menulis, ain berhenti dengan menikmati kemudahan U-PAX dari CELCOM dan HOT TICKET dari maxis menghubungi Ibu dan Ayah berkali-kali dalam sehari, (huhuhu) sampai dah tak tau nak cakap aper. Peluang HOT ticket yang ada, ain ambil kesempatan "sms" dan "call" kawan-kawan lama. Dapatlah hilangkan sedikit rasa ketepuan atau keterblockan idea.(huhu istilah sendiri, jgn diguna)


Hari ini juga adalah pertemuan ketiga bersama Penyelia Latihan Ilmiah ain.. Ustazah Maziah yang sangat baik dan 'sporting'. Bila dinamakan pertemuan dengan penyelia, pasti ada pembetulan yang perlu dilakukan. Itulah resam latihan ilmiah yang perlu disiapkan paling kurang enam puluh muka surat. Cabaran menulis latihan Ilmiah memerlukan ketelitian yang tinggi kalau tak mahu buat pembetulan banyak kali.(huhuhu)


Cukuplah setakat ini buat kali ini. Doakanlah segala urusan latihan ILMIAH selesai dengan cepat dan cemerlang. (rumah sudah kata mari-mari)



Tuesday, March 29, 2011

TOGETHER...

aSSalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua,,,,saya harap anda semua sihat, ceria,, bahagia dan semestinya baik-baik selalu,,,

Tajuk entry kali nie,, T.O.G.E.T.H.E.R bersama-sama


Pejamlah mata seketika,,, apa rasa bila sekeliling kita gelap gelita?,,,,Hanya diri kita sahaja..
Ouh,,, sunyinya,,,, sayunya,,,

Namun,,bukalah mata kita,,, bukalah mata hati kita,,,,,

lihatlah,,lihatlah,,lihatlah sekeliling dunia kita,,,, ada ramai orang di sekeliling kita...ada bermacam ragam,,ada bermacam sifat,,,,

Hargailah,,,,nikmat hidup yang kita ada.....

Biarpun pahit

Kita harungi,,,,sebab ini mungkin adalah yang terakir kita dapat melihat warna-warna kehidupan di sekeliling kita

Senyumlah seikhlas hati,,,, renunglah,,,,sahabat dan ahli keluarga dengan rasa kasih...
Segala yang duka,,,usahlah difikir lagi,,,
Kerana,,bila ditatap yang manis,,maka kaburlah duka dan sedih,,Insyaallah..

Tawalah seadanya,,usahlah bermuram durjana,,,,
usahlah tewas pada rasa tidak puas hati,,,

Gembiralah seadanya,,, kerana semua nikmat hidup yang kita ada,.,,,


..............................................................................................................................................love all.........
Subhanallah,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Wednesday, March 9, 2011

CINTA SETIA

Assalamualaikum wbt.... apa khabar semua,,dah lama tak menulis entry...

Kali ini saya berminat untuk berkongsi tentang cinta setia.. Kisah seorang kekasih yang setia dan takut akan kehilangan kekasihnya. Lafaz dan janji untuk setia bersama telah diungkap kepada kepada kekasihnya. Begitu hari-hari dilalui terasa nikmat dan bahagia,walau hidup dalam serba kesederhanaan. Tidak pernah konflik berlaku atau tercetus...walau sesekali diuji kesetiaannya kepada kekasihnya. Ternyata,,, kekasih yang setia tidak pernah melepaskan waktu untuk terus mengingati.

Indahnya, damainya, bahagianya, segala pengorbanan yang dilakukan tak pernah rasa sia-sia. Harapannya sentiasa menggunung tinggi. Kekasihnya tetap dinanti setiap saat. Bilakah waktu boleh bertemu? soalan yang setiap hari ditanya...malah dalam sehari berkali-kali soalan itu diutarakan. Namun,, kekasihnya tidak lagi memberi jawapan ,,hari berganti hari semakin berdebar-debar terasa.Oh hati,,bersabarlah,,

Walau tak pernah melihat kekasihnya,,tak pernah jua mendengar suaranya,,,namun melalui surat-surat yang diutuskan,,menambahkan lagi keyakinannya kepada kekasihnya. Setiap lembaran suratnya, diteliti,,susunan bahasanya tiada tandingan dengan surat yang dituskan oleh orang lain. Begitulah hebat kekasihnya. Tiada tandingan dengan yang lain.

Hari ini,, dia berdoa,,agar kekasihnya dapat menerimanya,,itulah kekasihnya,,Allah,,,dan Rasul.

(sayang Allah,,sayang Rasulullah,,sayang ibu ayah,,,,)

Friday, December 17, 2010

Jujurlah,,,,

Assalamualaikum,,,

Entry kali ini,,, ingin mengajak semua mengenali diri kita sendiri,,,
Perbualan telefon saya dan seorang junior SMKASAS juga ex student,, semalam,,benar-benar,, menyentuh hati,,,Saya disoal tentang,,, "kalau kita rasa kita baik dari dia macam mana?" ,,,
saya tidak menjawab persoalan itu dengan segera,,, sebaliknya mengingati kembali apa yang pernah saya dengari dari ceramah dan kuliah,,,

Saya tidak memberi rujukan dalil yang diambil,,,dan berharap agar dia mencari dalil berkenaan,,, jangan kita sangka amalan yang kita lakukan mencukupi untuk bekalan di akhirat,,, kerana segalanya berlaku dengan izin Allah,,, Takut perasaan rasa mencukupi itu menamatkan rasa ikhlas kita bina selama ini..wALLAHUALAM...

dan kita tidak boleh untuk terus melabel seseorang yang tidak nampak tidak sempurna cara tutup auratnya berbading kita jahat.... Allah sahaja yang lebih tahu akan apa yang tersimpan di dalam hati setiap orang,,,,Firman Allah..:

"Dan janganlah kamu mengambil sikap atau pendirian sesuatu yang kamu tidak tahu tentangnya, kerana sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati nurani akan dipertangungjawabkan " (17:36)

Ayat tersebut menegaskan akan kepentingan ilmu yang benar kerana ia asas kepada amal yang salih. Semua usaha akan sia-sia dan merugikan jika kita tidak berasaskan kepada ilmu yang benar.

Sumber-sumber ilmu sangat penting untuk kita memberi makanan kepada akal..
Ilmu boleh diperoleh melalui pembacaan dan juga pengalaman... Oleh itu,, ilmu bukan sahaja tertakluk kepada buku semata,,, ilmu yang diperloleh melalui pembacaan perlulah diamalkan,,,dan kemudiannya disampaikan,,,atau digunakan untuk memberi kebaikan kepada semua ummah...

Namun,, kita mudah lupa,,,, semuanya adalah milik Allah,, Dia jugalah yang berhak untuk memberi atau tidak ilmu itu,,Kita sebagai makhluknya hanya mampu berusaha,,,berdoa dan betawakal...

Masa yang berlalu,,, ada sebuah kehidupan yang perlu diisi,,,, bukan dibuang begitu sahaja...
Biarlah menangis,,, biarlah menyesal sekarang atas segala dosa dan silap kita,, bimbang tidak sempat untuk bertaubat... kerana kematian itu rahsia.,.


Mengungkap kepada tajuk entry.,... segala yang dilakukan dengan rasa jujur lazimnya mendatangkan kejayaan yang tidak disangka-sangka. Akal yang dikurniakan Allah,,,ada sesuatu kelebihan yang diberikan kepada manusia berbanding binatang. Namun ,, manusia yang bijak sahaja tetapi tidak mencampuri masyarakat juga tidak elok. Kita semua adalah ummah akhir zaman..

Terlalunya banyak fitnah berlaku,,,
Terlalu banyak kerosakan akhlak anak muda remaja
Terlalu sedih melihat dunia yang berlaku sekarang....

Manusia seolah-olah hilang dalam kemajuan yang memerangkap..

Sunday, November 14, 2010

Ceritera Baru,,,







Assalamualaikum w.b.t

Semoga semua dalam keberkatan dan kebahagiaan ,,, dengan nikmat dan limpah rahmat dari Allah s.w.t.
Masa berlalu, sudah sebulan saya di sem akhir untuk pengajian Diploma Al-Quran dan As-Sunnah.
buat sahabat yang mengenali jua ahli keluarga doakan kejayaan mengiriku.



Dalam masa yang sama juga, saya berpeluang mengenali ramai orang yang baru hadir dalam hidup saya. Seronok sangat kerna dapat timba pelbagai pengalaman juga ilmu. Pertemuan pertama dengan pensyarah yang mengajar sem kali ini semuanya baru dikenali kecuali Ustaz Rafian Pensyarah Bhs Arab yang saya hormati. Beliau merupakan salah seorg pensyarah yang mengajar kami pada sem ini.

Peraturan dalam kuliah pengajian beliau sem ini sangat menarik dan mendidik kami semua. Beliau menetapkan bahawa, bila azan berkumandang pengajian yang berjalan ditangguhkan seketika, dan kami sekelas bersama beliau akan bergerak menunaikan solat berjemaah. Kebetulan pula sem ini, kelas pengajian beliau pada hari keduanya, pada pukul 3.30 pm hinggalah 5.00 pm. Jadi,ketika waktu Asar,, kami berpeluang menunaikan solat berjemaah di masjid dan menyambung semula kuliah selepas itu. Ia adalah satu pentarbiyahan yang sangat bagus. Pada pendapat saya, sekiranya semua di kalangan kita berani membuat anjakan paradigma sedemikian,,, dengan menyahut seruan azan yang sangat sinonim iaitu "HAIYA 'ALA SOLATH, 'HAIYA A'LA FALAH' maksudnyer,, Marilah bersolat, dan marilah menuju kepada kejayaan, mudahlah kita mendapat keberkatan Allah,, kehidupan yang penuh keberkatan beroleh kepada kebahagiaan, walau tidak sekaya mana.


Bantuan Kebajikan Beroleh Ganjaran, Bantuan Kejahatan Diazab Dosa

Al-Nawawi seterusnya menghuraikan surah al-Asr untuk dikaitkan dengan topik ini. Al-Syafii mengulas tentang surah al-Asr ini sebagai: “Sesungguhnya ramai manusia lalai daripada menghayati surah ini.”

Mari kita lihat sepintas lalu maksud ayat-ayatnya:

“Demi Masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan dengan kebenaran dan mereka berpesan dengan kesabaran.” (Surah al-Asr, 1-3)

Surah ini dengan jelas memberikan kemuliaan yang besar kepada orang yang memiliki empat ciri dan sifat:

Beriman dengan setulus hati.

Beramal dengan amalan yang diperintahkan Allah.

Sentiasa mengingatkan satu sama lain tentang kebenaran iaitu Islam.

Sentiasa mengingatkan satu sama lain agar bersabar dalam mentaati Allah s.w.t.

Perkara yang ingin diberikan tumpuan oleh al-Nawawi melalui surah ini ialah perkara ketiga dan keempat yang melambangkan sikap orang beriman yang sentiasa menjadi pembantu kepada saudara seagamanya.

Seterusnya al-Nawawi menyebut pula empat hadis yang berkaitan dengan sikap bantu membantu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.(majalah solusi)


Perjalanan sebulan yang lalu sangat padat dengan pelbagai peristiwa. Peristiwa seterusnya, saya berpeluang bertemu dengan majlis ilmu pada minggu pertama november 2010 di Surau An-Nur Bangi berdekatan dengan Darul Syifa' . Majlis ilmu yang diadakan seusai solat Maghrib, menyentuh topik berkaitan Nasab Keturunan ,, memberi peringatan,,(tazkirah) kepada saya, dan rakan-rakan yang sama2 hadir(ikin, k.odah, fza, sha) . Kami sangat seronok dengan penyampaian Ustaz Harun Din . Beliau penyampaikan dengan bersahaja tetapi, isi dan gaya bhsnya sangat menarik tumpuan semua.


Kuliah pengajian kami tidak padat sem ini, tapi kami berhadapan dengan tugasan menghafal . Banyak teori yang perlu kami faham benar2 konsepnye terutama subjek Muhadithin yang mengungkap metode2 penulis kitab2 Hadith. Selain itu, saya juga perlu berhadapan dengan tugasan latihan ilmiah (LI) yang perlu dihantar pada minggu ke 12 sem ini iaitu 2 minggu sebelum exam final bermula, doakan saya berjaya menyiapkan dengan kualiti dan cemerlang. Manakala, tugasan lain juga memberi cabaran kepada kami iaitu matapelajaran English sem ini yang menuntut saya dan rakan memahami penggunaan cara berinteraksi dengan formal dalam pengurusan dan pentadbiran syarikat atau organisasi. Ia satu subjek yg sgt seronok. Saya dan rakan2 belum berkesempatan mempelajari subjek Quran Tafsir surah AN-NUR pada sem ini. Insyaallah ,, buka cuti mid sem nanti, kami berharap dapat mempelajarinya.



Sehari sebelum pulang ke perak, saya berpeluang menghadiri gathering maher zain msia fan club atas jemputan kawan baik Nabilah Amaani, beliau sangat bersemangat waja menghadirinya dan saya juga turut seronok.Pemanduan dari kolej ke syeksen 16 shah alam tidak mengalami masalah yang besar alhamdulillah,, kami pergi dan pulang dengan selamat. .


Saya bersyukur atas segala peristiwa dan pertemuan yang berlaku. Semoga kita semua berpeluang bertemu di syurga yang abadi ,,, Amin,,


Wallahuaalam