Friday, April 20, 2012
AKHIRNYA SIAP (2MINGGU)
Akan ku nanti hadirnya kau pabila malam menjelma,
Syukur Alhamdulillah malam ini,,kau muncul jua tatkala aku menatimu,
Namun,,,, bila malam menjelma esoknya,,,
adakah aku dapat melihat kau bersinar redup lagi,,
Bintang,,,jauhnya kau di sana,,,
Tak tercapai aku akanmu,,, walaupun seringkali aku dapat melihatmu,,
Jarak kita terlalu jauh berjuta batu,,,,
Aku di bumi ini,,,,,,yang berputar pada paksinya mengelilingi bulan,,
Kau di sana bersinar indah jauh di langit tinggi,,,
Andai bisa ada waktu lagi,,,,
Aku akan tetap setia melihat sinarmu,,
Ciptaan Allah s.wt.
Cantik dan tenangnya cahayamu,,
Mendamaikan jiwa yang resah ini,,
Menyinari malam di kala gelap gelita,,
Memacu arah jalan pelayaran kapal-kapal,,,
Menunjukkan arah kiblat solatku,,
Ouh ,, Bintang-bintang,,,
Beribu-ribu kau di sana,
Mungkin berjuta-juta,,,,
Moga dapat ku lihat lagi
Redup cahayamu,
Thursday, April 12, 2012
الرسول الله صلى الله عليه وسلام
أخلاق النبي صلى الله عليه وسلم مع الأطفال
وعن انس رضي الله عنه قال كان صلى الله عليه وسلم يمر بالصبيان فيسلم عليهم - رواه البخاري واللفظ له ومسلم. كان صلى الله عليه وسلم يسمع بكاء الصبي فيسرع في الصلاة مخافة أن تفتتن أمه. وكان صلى الله عليه وسلم يحمل ابنة ابنته وهو يصلي بالناس إذا قام حملها وإذا سجد وضعها وجاء الحسن والحسين وهما ابنا بنته وهو يخطب الناس فجعلا يمشيان ويعثران فنزل النبي صلى الله عليه وسلم من المنبر فحملهما حتى ووضعهما بين يديه ثم قال صدق الله ورسوله(وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ) (لأنفال:28) نظرت إلى هذين الصبيين يمشيان فيعثران فلم أصبر حتى قطعت حديثي ورفعتهما.
خلقه صلى الله عليه وسلم في معاملة الصبيان فإنه كان إذا مر بالصبيان سلم عليهم وهم صغار وكان يحمل ابنته أمامه وكان يحمل أبنه ابنته أمامه بنت زينب بنت محمد صلى الله عليه وسلم وهو يصلي بالناس وكان ينزل من الخطبة ليحمل الحسن والحسين ويضعهما بين يديه[1]
Zaid bin Harithah
Apabila Rasulullah s.a.w diperintahkan menyampaikan Islam,orang pertama yang baginda sampaikan ialah isteri baginda iaitu Saidatina Siti Khadijah. Beliau tidak teragak-agak sedikitpun menerima Islam. Siti Khadijah adalah orang pertama dan wanita pertama yang memeluk Islam. Selepas itu Zaid bin Harithah masuk Islam.[1]
Zaid tinggal di rumah Rasulullah. Semasa beliau masih kecil, sukunya diserang dan dia ditawan. Kemudian beliau dijual sebagai hamba. Beliau berpindah daripada satu tangan ke satu tangan sampailah ke tangan Saidatina Khadijah. Hakim bin Hizam telah membeli Hazrat Zaid bin Harithah untuk ibu saudaranya Saidatina Khadijah r.anha. Apabila Hazrat Khadijah r.anha berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. untuk berkhidmat kepada Baginda s.a.w.
Perpisahan dengan Hazrat Zaid bin Harithah menyebabkannya ayahnya terlalu sedih. Kesedihan ini memang patut berlaku kerana cintakan anak-anak merupakan satu fitrah. Dia menangis kerana perpisahan itu dan berjalan ke sana ke mari sambil bersyair. Terjemahan syair-syair itu adalah seperti berikut:
Aku menangis dalam mengingati Zaid
Tidakku tahu apakah dia masih hidup?
Supaya aku terus menaruh harapan
Ataupun maut telah memusnahkannya
Demi Tuhan tidakku ketahui wahai Zaid
Adakah tanah lembut memusnakanmu
Ataupun mana-mana bukit yang memusnahkanmu?
Alangkah baiknya kalau aku mengetahui
Adakah tanah engkau akan kembali atau tidak sepanjang hidup ini?
Di seluruh dunia hanya hanya kembalianmu yang menjadi maksudku
Bila sahaja suria menyinsing
Hanyalah Zaid yang aku ingatkan
Dan bila sahaja hujan turun
Ingatan kepadanyalah yang menyiksa aku
Apabila angina bertiup
Ianya menyemarakkan ingatanku terhadapnya
Oh! Alangkah panjangnya kedukacitaanku
Kanku pacu unta-unta ke seluruh dunia
Untukmencarinya
Tidakkanku letih mengelilingi dunia
Kalaulah unta letih berjalan, biarkan unta itu letih
Tapi aku tidak akan keletihan
Akanku habiskan hidupku untuk mencarinya.
Cuma bila kematianku menjelma
Sememangnya maut memusnahkan segala-galanya
Walaupun sebanyak mana seseorang itu menaruh harapan
Tetapi akanku wasiatkan kepada orang-orang selepasku
Saudara, keluarga dan anak-anak
Agar mereka terus mencari Zaid seperti itu.
Begitulah keadaannya ke sana-sini mencari dan menangis sambil membaca syair-syair itu. Secara kebetulan, beberapa orang dari kaumnya telah pergi mengerjakan haji. Mereka telah mengenali Hazrat Zaid r.a. lalu menceritakan keadaan ayahnya sambil membacakan syair-syair itu dan juga kisah kerinduan dan perasaan sedih akibat perpisahan yang dialami oleh ayahnya itu. Lantaran itu Hazrat Zaid r.a. telah mengungkapkan tiga rangkap syair lalu menghantar kepada bapanya melalui mereka. Makna syair-syair itu ialah:
Saya di sini di Mekah dengan selamat sejahtera
Janganlah ayah bersedih durja
Saya di sini menjadi hamba
Kepada orang yang sangat mulia.
Orang-orang itu telah pulang lalu memberitahu bapa Hazrat Zaid r.a. tentang keadaan Hazrat Zaid r.a. yang sejahtera, tempat beliau berada dan membacakan syair-syair itu kepadanya.[2]
Lalu ayah dan bapa saudara Hazrat Zaid r.a telah pergi ke Mekah dengan membawa wang sebagai tebusan untuk membebaskan Hazrat Zaid darpada perhambaan itu. Mereka telah menyelidik dan mendapat tahu tempat Hazrat Zaid r.a. berada lalu mereka pergi menemui Rasulullah s.a.w. Mereka berkata, “ Wahai anak keturunan Hashim dan ketua kaum, kamu ialah orang yang tinggal di Tanah Haram, menjadi jiran kepada rumah Allah s.w.t. Kamu sendiri memerdekakan hamba-hamba, memberi makan kepada orang yang lapar. Kami dating ke tempat kamu kerana menuntut anak kami dan bebaskanlah dia. Bahkan ambillah lebih daripada wang tebusan pun.”
Rasulullah s.a.w bertanya, “ Apakah urusan kamu sebenarnya?” Mereka menjawab, “ Kami dating untuk mencari Zaid.” Baginda bertanya lagi, “ Hanya itu sahaja urusan kamu?” Mereka menjawab, “ Ya, hanya itu sahaja permintaan kami,” Baginda s.a.w berkata, “Panggilah dia, dan tanyalah dia sendiri. Sekiranya dia ingin pergi dengan kamu maka saya tidak akan memaksa seseorang yang tidak ingin pergi.” Mereka membalas, “ Tuan telah menunjukkan kebaikan untuk kami lebih daripada yang sepatutnya. Kami menerima tawaran tuan dengan penuh suka hati.” Selepas itu Hazrat Zaid r.a. dipanggil. Baginda s.a.w bertanya, “Adakah engkau mengenali mereka ini?” Jawab Hazrat Zaid r.a. “ Ya, saya mengenali mereka. Ini ayah saya dan ini pak cik saya.” Baginda berkata lagi, “Engkaupun mengetahui keadaan saya. Sekarang engkau boleh buat pilihan. Sekiranya engkau ingin tinggal bersamaku, engkau boleh tinggal bersamaku. Sekiranya engkau ingin pergi bersama mereka saya izinkan.” Hazrat Zaid r.a berkata, “ Tidak mungkin saya menyukai sesiapa lebih daripada tuan. Tuanlah ayah saya dan tuanlah pak cik saya.” Kedua-dua ayah dan pakciknya berkata, “Zaid, adakah engkau memilih perhambaan daripada kemerdekaan? Engkau lebih suka menjadi hamba daripada tinggal bersama ayah, pak cik, dan semua ahli keluargamu?” Hazrat Zaid r.a. berkata sambil menunjukkan kea rah Nabi Muhammad s.a.w, “ Ya, saya dapati daripada orang ini sesuatu yang menyebabkan saya tidak boleh menyukai segala sesuatu yang lebih daripadanya.” Mendengarkan jawapan itu, Nabi Muhammad s.a.w. terus meletakkan beliau di atas ribaan Baginda s.a.w sambil berkata, “Saya telah menjadikan Zaid anak saya”. Melihatkan peristiwa itu ayah dan pak cik Zaid r.a menjadi sangat gembira dan dengan kegembiraanlah mereka pulang meninggalkannya. [Tarikul-Khamis] Pada masa itu, Hazrat Zaid r.a. masih kanak-kanak. Dalam umur yang masih muda beliau sanggup mengorbankan rumah dan saudara mara demi untuk menjadi hamba kepada Nabi s.a.w. Keadaan ini jelas menunjukkan cinta yang begitu mendalam terhadap Rasulullah s.a.w.
At-Tabiin Al-Qasim dan Kesungguhan Menuntut Ilmu
Al-Qasim bin Muhammad Cucu Abu Bakr Ash-Shiddiq yang Paling Mirip dengan Kakeknya
Filed under: Biografi Ulama Ahlussunnah by biladillah — Tinggalkan Komentar 9 April 2010
Sejak ayahnya meninggal, beliau hidup dalam keadaan yatim di bawah asuhan dan didikan bibinya, yaitu Ummul Mukminin ‘Aisyahradhiyallahu ‘anha, salah seorang istri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang dikatakan oleh para ulama sebagai orang yang paling berilmu ketika itu. Sehingga tidaklah mengherankan jika beliau kemudian menjadi seorang alim besar dari generasi tabi’in. Ditambah dengan kemuliaan akhlak dan adab yang melekat pada dirinya, sangatlah pantas kalau dikatakan beliau adalah salah seorang dari Al-Fuqaha’ As-Sab’ah.
Kunyah dan Nama Lengkap Beliau
Nama lengkap beliau adalah Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr Ash-Shiddiq At-Taimi Al-Qurasyi, Al-Madani Al-Faqih. Menilik dari silsilahnya, beliau merupakan cucu Al-Khalifah Ar-Rasyid Abu Bakr Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu, shahabat yang paling dicintai oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan sekaligus manusia terbaik di muka bumi setelah wafatnya Al-Mushthafa shallallahu ‘alaihi wasallam.
Tokoh tabi’in keponakan ibunda kaum mukminin A’isyah radhiyallahu ‘anha ini berkunyah Abu Muhammad, dan ada yang mengatakan beliau berkunyah Abu ‘Abdirrahman.
Keilmuan, Ibadah, dan Akhlak Beliau
Al-Qasim meriwayatkan hadits dari ayahnya (yakni Muhammad bin Abi Bakr), ‘Aisyah, Ibnu ‘Abbas, Ibnu ‘Umar, Ibnu Az-Zubair, Ibnu ‘Amr bin Al-‘Ash, ‘Abdullah bin Ja’far, Abu Hurairah, ‘Abdullah bin Khabbab, Mu’awiyah, Rafi’ bin Khadij, Aslam -bekas budak Ibnu ‘Umarradhiyallahu ‘anhuma-, Fathimah bintu Qais, dan yang lainnya.
Dan adapun para muhadditsun yang meriwayatkan dari beliau di antaranya adalah anaknya sendiri (yakni ‘Abdurrahman), Asy-Sya’bi, Salim bin ‘Abdillah bin ‘Umar, Yahya bin Sa’id Al-Anshari, Ibnu Abi Mulaikah, Nafi’ maula Ibni ‘Umar, Az-Zuhri, Ayyub As-Sakhtiyani, Ibnu ‘Aun, Rabi’ah, Abu Az-Zinad, dan masih banyak lagi.
Beliau adalah seorang tabi’in yang amanah. Wajar jika kemudian ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz yang dikenal sebagai khalifah kelima yang adil, tertarik akan keamanahannya. Ia berkata: “Seandainya aku punya sedikit kekuasaan, aku akan jadikan Al-Qasim sebagai khalifah.”
Al-Qasim kecil sabar menjalani takdir Allah ‘azza wajalla sebagai anak yatim dalam tarbiyah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, istri Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam. Menurut ‘Abdullah bin Az-Zubair radhiyallahu ‘anhuma, beliau adalah cucu Abu Bakar Ash-Shiddiq yang paling mirip dengan kakeknya.
Beliau pernah mengatakan: “‘Aisyah adalah seorang mufti wanita dari zaman Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman dan seterusnya sampai ia meninggal. Aku senantiasa bersimpuh menimba ilmu darinya dan juga duduk belajar kepada Ibnu ‘Abbas, Abu Hurairah dan Ibnu ‘Umar”.
Ini adalah ungkapan yang mengisyaratkan antusiasnya beliau terhadap ilmu agama meskipun menanggung beban hidup yang sangat berat sebagai anak yatim.
Ayyub As-Sakhtiyani -salah seorang alim di zamannya- berkata: “Aku tidak melihat seorang pun yang lebih utama darinya. Ia tidak mau mengambil uang yang (padahal) halal untuknya senilai seratus ribu dinar.”
Ini adalah ungkapan seorang alim yang menunjukkan sifat wara’ dan keutamaan Al-Qasim. Bahkan karena kehati-hatiannya dalam berfatwa, ia mengatakan: “Seseorang hidup dengan kebodohan setelah mengetahui hak Allah, lebih baik baginya daripada ia mengatakan sesuatu yang ia tidak mengetahuinya (berfatwa tanpa ilmu).” Sehingga Al-Imam Malik mengatakan bahwa beliau adalah seorang alim yang sedikit dalam memberikan fatwa.
Beliau juga dikenal sebagai seorang alim yang memiliki sifat tawadhu’. Ibnu Ishaq menceritakan: “Aku melihat Al-Qasim mengerjakan shalat, kemudian datanglah seorang badui kepada beliau dan mengatakan: ‘Siapa yang lebih berilmu? Engkau atau Salim?’ Maka Al-Qasim mengatakan: ‘Subhanallah.’ Terus beliau mengulang-ulang kalimat ini. Kemudian beliau mengatakan: ‘Itu adalah Salim, tanyakanlah kepadanya’.”
Ibnu Ishaq mengatakan: “Al-Qasim tidak suka kalau mengatakan: ‘aku lebih berilmu daripada salim’ karena hal itu termasuk memuji diri sendiri, dan beliau juga tidak suka kalau mengatakan: ‘Salim lebih berilmu’ karena berarti dia telah berdusta. Kemudian Ibnu Ishaq mengatakan: “Dan Al-Qasim adalah lebih berilmu daripada Salim.”
Dahulu Ibnu Sirin memerintahkan orang-orang yang menunaikan ibadah haji untuk melihat bimbingan Al-Qasim, maka orang-orang pun meneladani (mengambil bimbingan) dari beliau.
Sebelum meninggal, Al-Qasim berwasiat kepada salah seorang anaknya: “Ratakanlah kuburku dan taburilah dengan tanah, serta janganlah kamu menyebut-nyebut keadaanku demikian dan demikian.”
Pujian Para Ulama kepada Beliau
Abdurrahman bin Al-Qasim (anaknya sendiri) pernah mengatakan: “Beliau adalah manusia paling utama di zamannya.”
Yahya bin Sa’id berkata: “Kami tidak melihat seorang pun di Madinah yang lebih kami utamakan daripada Al-Qasim.”
Abu Az-Zinad berkata: “Aku tidak melihat seorang yang lebih tahu tentang As-Sunnah daripada Al-Qasim bin Muhammad, dan aku juga melihat tidak ada seorang pun yang lebih jenius daripada dia.”
Imam Daril Hijrah Malik bin Anas mengatakan: “Al-Qasim adalah salah seorang di antara Fuqaha’ umat ini.”
Sufyan bin ‘Uyainah mengatakan: “Orang yang paling mengetahui hadits (riwayat dari) ‘Aisyah ada tiga: Al-Qasim bin Muhammad, ‘Urwah bin Az-Zubair, dan ‘Amrah bintu ‘Abdirrahman.”
Ibnu Hibban mengatakan: “Beliau adalah termasuk tokoh tabi’in dan orang yang paling utama di zamannya dari sisi keilmuan, adab, dan fiqh.”
Wafat Beliau
Al-Qasim, seorang tokoh besar tabi’in yang buta di akhir kehidupannya ini wafat setelah meninggalnya ‘Umar bin ‘Abdil ‘Aziz. Para ulama berbeda pendapat dalam menyebutkan tahun wafat dan umur beliau ketika itu. Ada yang mengatakan beliau wafat tahun 101 H, atau 102 H, ada juga yang mengatakan tahun 105 H, atau tahun 107 H. Beliau wafat dalam usia 70 tahun pada masa kekhalifahan Yazid bin ‘Abdil Malik bin Marwan sewaktu menunaikan ibadah ‘umrah bersama Hisyam bin ‘Abdil Malik di perbatasan antara kota Madinah dan Makkah.
Di antara untaian hikmah yang pernah beliau ucapkan adalah: “Allah menjadikan (bagi) kejujuran itu (dengan) kebaikan yang akan datang sebagai ganti dari-Nya.”[1]
Muhammad Rifqi dan Abu ‘Abdillah Kediri. SITUS MA’HAD AS-SALAFY JEMBER: http://www.assalafy.org/mahad
Semoga Allah subhanahu wata’ala merahmati beliau.
[1] Muhammad Rifqi dan Abu ‘Abdillah Kediri. SITUS MA’HAD AS-SALAFY JEMBER: http://www.assalafy.org/mahad
URL to article: http://www.assalafy.org/mahad
Tuesday, April 10, 2012
jalan ini tidak berhenti

,,,Saat memerhatikan sekeliling bilik yang hanya aku sahaja penghuninya kini...,,

.jpg)

