Alhamdulillah, kita masih bertemu wahai bulan mulia. Bulan yang dinanti-nanti. Bulan kerahmatan, keampunan dan penuh dengan kesucian. Hanya pada Allah kita serahkan segalanya. Sujudlah pada tiap2 malam menghadapnya yang Maha Agung. Ringankanlag kaki melangkah ke masjid merebut peluang menunaikan solat berjemaah samada solat fardu mahupun solat sunat tarawikh. Hiasilah dinding Ramadhan dengan zikrullah dan bacaan2 Al-Quran. Tingkatkan keimanan dan ketaqwaan serta bebaskan diri dari nafsu syahawat, nafsu amarah, nafsu makan, dan pelbagai maksiat. Semoga keikhlasan beribadah pada Allah diterimaNYA. Wallahualam,,,,
"HIDUPKANLAH HATI DENGAN ZIKRULLAH, JANGAN BIAR IA MATI KEKERINGAN DENGAN TERPESONA PADA DUNIAWI"
No comments:
Post a Comment