Wednesday, October 15, 2008

Friday, October 10, 2008

Kehidupan ini tempat untuk belajar...

Alhamdulillah bertemu lagi dalam Bulan Syawal...Sememamangnya ada beberapa pengalaman ingin dikongsi bersama,,, kita perlu berhati-hati dalam setiap keputusan yang dilakukan walaupun ia nampak kecil tapi ia adalah apa yang berlaku dalam diri kita..
Saat yang berlalu terasa manis apabila kita menghargainya...namun saat yang berlaru terasa tiada beerti apabila ia diabaikan begitu sahaja...Dalam apa jua yang kita lakukan samada bersolat, berzikir, menuntut ilmu, membantu insan yang memerlukan dan banyak lagi amalan seharian semoga ia dikira sebagi satu ibadah yang diredhai NYA..
Senyumlah semanisnya,,,walaupun kita dalam kepahitan... mungkin senyuman itu manjadi penawar pada insan yang memerlukan ...Life only once...
Oh ya, kita perlu mencorakkan kehidupan ini ... bijak merebut peluang menimba sebanyak mana ilmu dan pengalaman...ehem..balajarlah untuk mengenaliNya..dan mendekatiNya..Dia tidak pernah sama sekali mengecewakan kita,malah memberi sepenuh kasih sayang kepada hambaNya dengan penuh adil..
Bukalah mata hati melihat akan Keagungan dan Kebesarannya... kadang-kadang kita disedarkan oleh sesuatu yang paling pahit dan pedih dari insan yang kita percayai...kerana Dia menyampaikan mesej...bahawa..kita hanya mampu menjadi perancang..tapi kesahihannya atas segala rancangan itu datang dariNya..
Mungkin dulu kita impikan sesuatu tetapi Dia tidak sampaikan impian kita,,,sebaliknya memberikan sesuatu yang lain..yang mana lebih baik dari apa yang kita impikan..Wallahualam...

Friday, September 5, 2008

Salam al-mubarak

Alhamdulillah, kita masih bertemu wahai bulan mulia. Bulan yang dinanti-nanti. Bulan kerahmatan, keampunan dan penuh dengan kesucian. Hanya pada Allah kita serahkan segalanya. Sujudlah pada tiap2 malam menghadapnya yang Maha Agung. Ringankanlag kaki melangkah ke masjid merebut peluang menunaikan solat berjemaah samada solat fardu mahupun solat sunat tarawikh. Hiasilah dinding Ramadhan dengan zikrullah dan bacaan2 Al-Quran. Tingkatkan keimanan dan ketaqwaan serta bebaskan diri dari nafsu syahawat, nafsu amarah, nafsu makan, dan pelbagai maksiat. Semoga keikhlasan beribadah pada Allah diterimaNYA. Wallahualam,,,,

"HIDUPKANLAH HATI DENGAN ZIKRULLAH, JANGAN BIAR IA MATI KEKERINGAN DENGAN TERPESONA PADA DUNIAWI"

Ramadhan menjelang lagi!!!

Wednesday, June 18, 2008

Apa sahaja yang kita lakukan adalah berdasarkan kemahuan diri kita sendiri.So, setiap perkara itu pasti akan berjaya kalau ia betul-betul datang dari diri kita sebab kita sendiri yang rasa nak milikinya. Terpulang pada diri kita untuk kita melakukannya sehingga berjaya. Memandangkan dunia akhir zaman ni macam-macam benda pelik yang dapat kita lihat sendiri..namun apa punca ia berlaku? pernah tak kita meluangkan masa untuk mengkaji sendiri .. so luang-luangkan masa mengkaji supaya kita sentiasa bersedia