Monday, May 9, 2011
2 days 1 night in Singapore
r
Assalamualaikum w.b.t. "Jika kita ingin melipatgandakan kebahagiaan, maka berilah kebahagiaan itu kepada yang lain", Wallahualam.
Entry kali ini masih berikisar dengan suasana percutian dan masa bersama keluarga. Saya berharap, pengalaman yang dikongsi bersama dapat memberi keceriaan kepada semua,,dan juga maklumat tambahan..
Pada hari Jumaat pukul 10 malam kami bertolak dari Seri Manjung ke JB. Kami tiba di RNR Machap untuk menunaikan solat Subuh dan bersarapan. Nasi lemak telah menjadi menu pilihan kerana kemungkinan besar proses di imegresen akan memakan waktu. Kami tiba di imgresen pada pukul 8.30 pagi dan mendapati kawasan sekitar dipenuhi orang ramai dan kenderaan. Hampir 2 jam kami terkandas di imegresen Singapura,,kerana orang ramai dan kawalan ketat berbeza keadaan sebelumnya ketika berada di Imegresen Malaysia.
Saya dan ayah memiliki pasport individu manakala ibu dan adik-adik sepupu saya menggunakan pasport kumpulan yang turut disertai oleh beberapa orang lagi kawan-kawan ibu dari SK Seri Manjung serta keluarga masing-masing.
Hari pertama kami di Singapura kami habis masa pergi tempat sInga yang menjadi simbolik negara yang dikenali Temasik suatu masa dahulu. Kami juga turut membeli belah di CHINA TOWN,, antara tempat yang saya sukai ..
Kemudian kami dibawa ke tempat empangan air dari laut yang dirawat menjadi air biasa. Kawasan ini dibuka kepada orang ramai sebagai tempat rekreasi dan ia percuma bagi akan datang saya tidak dapat maklumat pula, maaf.
Penginapan kami di hotel Geylang lorong 15 tidaklah seperti hotel di Malaysia yang berharga RM170 semalam. Jauh berbeza, kerana keadaan hotelnya sama seperti hotel budget yang berharga RM 60 semalam seperti di RNR hgway in dengan RM170 semalam di Singapura.
Namun, syukur Alhamdulillah,, saya tetap lena sedar-sedar jam pukul 6 pagi.huhu.
Hari yang dinanti tiba. Kami semua meneruskan perjalanan ke Universal Studio Singapura di Pulau Sentosa. Sampai di sana pada pukul 10 pagi dan kami diberi masa sampai pukul 5 petang di dalam USS. Ternyata, masa yang diberikan tidak mencukupi kerana saya tidak berpeluang merasai semua permainan dan memasuki studio yang ada. hehehe.Namun, pengalaman yang dirasai,,benar-benar membuatkan saya teruja Subhanallah,,Alhamdulillah. Di sini juga ada disediakan surau untuk umat Islam menunaikan kewajipan.,=)... Pada pukul 7.45mlm pula, kami menaiki monorail dari USS ke Indah beach iaitu salah satu tempat tarikan pelancong untuk menyaksikan Song of the sea.. iaitu kombinasi lagu, cahaya spot light, air..dan banyak lagi., sukar untuk saya ceritakan,,, huhu,,
Kami bertolak pulang untuk memasuki JB pada pukul 11 mlm. Pukul 12 mlm tiba di Hotel Selesa yang memang selesa,, kerana saya dapat sebuah bilik di tingkat 15 dengan katil Quean dan single,,,dan tidur mlm yang lena dengan suhu air cond yang sederhana sejuk. Alhamdulillah,
Begitulah,sedikit perkongsian dan kami bertolak pulang ke Seri Manjung sambil singgah di Ayer Hitam. Kami sekeluarga hanya membeli kerepek sahaja di sini. Huhu,,, Kami sampai di Manjung dengan selamatnya Alhamdulillah pada pukul 3 pagi =)
Wallahualam,,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment