Monday, May 9, 2011
Masa Bersama Keluarga
Assalamualaikum wbt apa khabar semua? Saya berharap, kalian semua tertutamanya seluruh ahli keluarga tersayang, sahabat seperjuangan dan pembaca entry dalam keadaan baik-baik berlaka dengan aura diri yang cemerlang. Insyaallah. Entry kali ini, ingin saya kongsi bersama pengalaman saya berpijak di bumi Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Syukur, Alhamdulillah, saya berpeluang melihat kebesaran ciptaan Allah, dan menghirup udara segar di kaki Gunung Kinabalu, yang sering dirindui.
Perjalanan kami dari LCCT, Sepang bermula pada pukul 7 pagi penerbangan pertama pesawat Air Asia pada hari tersebut iaitu pada hari Jumaat. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Kota Kinabalu pada pukul 10.30 pagi lebih kurang 2 jam setengah masa tempoh perjalanan yang diambil.
Hari pertama, kami banyak menghabiskan masa di Pasar Filipino..yang mana rata-rata perniaga berbangsa Filipina yang raut wajah dan tutur bicaranya seperti orang kita. Pesan 'tourist guide' kepada kami, di pasar ini,, ada orang akan menjual handphone yang latest dengan harga murah.. black berry pun ada, tp,, itu adalah handphone tiruan...
Walaupun terganggu dengan penjual handphone sepanjang kami tetap sibuk membeli cenderamata untuk di bawa pulang nanti huhu,, rambang mata saya melihat koleksi rantai mutiara dengan harga yang ditawarkan. Kami juga turut melawat ke muzium Sabah dan di situ, beberapa maklumat dan model-model berkaitan budaya, pakaian dan rumah-rumah dapat kami ketahui.
Sibuk-sibuk berjalan,,rehat dan makan diperlukan juga. Penginapan 3 hari 2 malam kami sekeluarga di Hotel Shagri La, memang menyelesakan,,Alhamdulillah.
Pengalaman kami dari Kota Kinabalu ke kaki Gunung Kinabalu mengambil masa hampir 5 jam... jalan raya di sana tidaklah seperti di pantai barat semenanjung, perjalanan sekeliling kami diiringi pokok-pokok dan bukit-bukau,, Subhanallah,
Begitulah sedikit pengalaman,,
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment