Thursday, April 24, 2008

Hadirkanlah rasa syukur.


Alhamdulillah..saya masih diberi peluang menikmati perjalanan hidup di muka bumi ini.Apa yang ada di sekeliling saya keluarga, guru, sahabat , teman serta masyarakat itulah sangat bererti.Dalam kesibukan kita menguruskan kehidupan seharian , perlulah kita sentiasa mengingati bahawa, hidup ini cumalah pinjaman sementara sahaja dari Allah. Lihatlah, dalam warna-warni kehidupan kita kini ada yang susah,ada yang kaya dan macam-macam lagi.Tapi yang paling penting sejauh manakah rasa bahagia dapat dimiliki dalam kehidupan itu? Bahagia merupakan akar umbi kepada rasa seronok untuk terus hidup.Ia seolah-olah mencmbahkan benih yang subur menjadikan ia pokok yang subur. Dengan rasa bahagia tadi, hidup ini sering kali menjadi sangat bererti pada kita walau sesaat.Kerna, disitu kita dapat rasa ada sesuatu yang sangat berharga sedang menanti.Namun semua itu adalah terletak pada diri kita yang membuat pilihan untuk memilih samada terus bahagia atau membiarkan jiwa dihantui rasa gundah ..

wallahualm..

No comments: