Sunday, August 15, 2010

Ragam Exam,,,,






MEMORI














Buat sahabat,,,,yang selalu dehearty,,thanks a lot...!!!!

Aku ingin berkongsi,,,,

Israel & Amerika Merterai Perjanjian Bina Perisai Tercanggih serius
Posted on Abu Ridhwan on July 26, 2010 // Comments Off

Jerusalem, 26 Julai 2010 – Israel dan Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk membina perisai balistik Arrow II yang mampu menembak jatuh peluru berpandu di dataran yang lebih tinggi, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Israel pada hari Ahad (25/7).

Arrow III akan membolehkan Israel “menangani ancaman peluru berpandu balistik dengan jarak jauh” dan akan memberi “kemampuan untuk menembak jatuh senjata pemusnah besar-besaran di luar atmosfera,” kata kementerian itu dalam sebuah pernyataan.
Israel menjelaskan bahawa sistem Arrow adalah sebagai persiapan pertahanan mereka terhadap ancaman Iran. Amerika Syarikat, sekutu baratnya dan Israel mengesyaki program nuklear awam Iran direka untuk menghasilkan bom nuklear. Namun Teheran telah menyangkal dakwaan tersebut.
Arrow dihasilkan secara usahasama oleh syarikat milik kedua Negara, iaitu Israel Aerospace Industries dan syarikat Amerika Boeing Co dan telah melibatkan hampir $ 1 bilion dana dari AS sejak awal tahun 1988 lagi. (Reuters/Haaretz)




Mivtza Oferet Yetzuka
Posted on HP Admin on April 16, 2010 // Comments Off
Perkataan di atas adalah sangat asing bagi kita semua. Namun ianya sangat popular di kalangan rejim pengganas Zionist Israel yang sentiasa dahagakan darah pejuang-pejuang kebebasan Palestin dan Al Quds dan realiti beberapa tahun yang lalu menunjukkan mereka sangat dahagakan darah setiap penduduk Palestin terutamanya di Gaza tanpa mengira usia.
Apakah sebenarnya Mivtza Oferet Yetzuka?
Ianya adalah perkataan di dalam bahasa Hebrew yang bermaksud “Operasi Ketenteraan ke atas Wilayah Selatan”. Di dalam bahasa Inggeris adalah “Operation Cast Lead”.
Bagi rejim pengganas Israel, Wilayah Selatan adalah Semenanjung Gaza. Dari istilah ini, kita telah mengetahui akan maksud mereka iaitu mereka masih menggangap Gaza adalah milik mereka sepenuhnya. Tujuan Operasi ini adalah untuk memerangi Hamas namun realitinya adalah untuk memusnahkan dan membunuh kebanyakan dari penduduk gaza.
Operasi Ketenteraan ini lebih dikenali di peringkat antarabangsa sebagai Peperangan ke atas Gaza. Ianya dilancarkan pada 27 Disember 2008 berikutan tamat tempoh gencatan senjata di antara Hamas dan pengganas Israel.
Genjatan senjata di antara pihak berkuasa Palestin (Hamas) dan pengganas Israel bermula dari 19 jun 2008 hingga 19 Disember 2008. Genjatan ini telah menunjukkan komitmen Hamas dalam meletakkan kepentingan rakyat Palestin yang mereka dipertanggungjawabkan. Hamas telah rela meletakkan senjata mereka pada tempuh berikut dengan syarat Israel menghentikan segala sekatan ke atas rakyat Palestin dan membenarkan segala bentuk bantuan kemanusiaan dan keperluan hidup disalurkan kepada rakyat Palestin.
Namun dari dahulu sampailah ke saat ini telah terbukti bahawa pengganas Israel adalah pihak yang telah dan sentiasa mencabuli segala macam bentuk perjanjian yang mereka tandatangani. Hanya beberapa jam selepas genjatan tersebut bermula pada 19 Jun 2008, IDF (Israel Defence Force) iaitu pihak tentera pengganas Israel telah menembak beberapa nelayan dan pekebun Palestin. Sumber maklumat ini telah direkodkan oleh Palestinian Center for Human Rights. Serangan berikutnya adalah pada 23 Jun 2008 di mana tentera pengganas Israel telah menembak kanak-kanak dan orang awam di utara Semenanjung Gaza.
Berikutan dengan kebiadapan dan penipuan pihak pengganas Israel, maka Hamas telah menyerang balas dengan mempergiatkan serangan roket ke atas wilayah Israel haram.
Dunia rata-rata masih lagi tertipu dengan dakyah-dakyah media Amerika Syarikat yang telah memetik kata-kata mantan presiden mereka, Jimmy Carter yang telah membuat kesimpulan bahawa Hamas tidak langsung menunjukkan sebarang komitmen dalam mematuhi syarat-syarat genjatan senjata.
Analisa demi analisa telah dibuat dan telah terbukti di setiap kali perjanjian pihak pengganas zionis Israel yang harus sentiasa dan selamanya dipersalahkan dalam isu-isu ini. Begitulah juga dengan perjanjian Oslo yang mana Fatah telah ditipu dalam isu pembahagian sempadan tebing barat.
————————–
Tulisan Dr Kursiah Mohd Razali. InsyaAllah bersambung di episod lain.






Mivtza Oferet Yetzuka (Bahagian 2)
Posted on Abu Ridhwan on July 26, 2010 // Comments Off
Dalam episod pertama, telah diterangkan bahawa genjatan senjata antara rejim pengganas Israel dan Hamas telah menyaksikan bahawa pihak rejim pengganas Israel telah melanggar syarat-syarat genjatan ini dengan menyerang orang awam beberapa jam sejurus genjatan berlangsung.
Seterusnya pihak rejim pengganas Israel telah menghantar jentolak dan kereta-kereta tank mereka ke sempadan gaza pada 4 November 2008 dengan alasan untuk memusnahkan terowong-terowong bawah tanah. Selain dari itu mereka telah meningkatkan sekatan di sempadan Gaza. Beberapa siri pertembungan senjata di antara kedua-dua pihak berlaku sehinggalah kemuncaknya pada 27 Disember 2008.
Pihak Hamas akhirnya mengulas bahawa genjatan senjata ini tidak akan berjaya kerana pihak rejim pengganas Israel tidak menunjukkan komitmen langsung dalam mematuhi syarat-syarat genjatan.
Pihak rejim pengganas Israel telah memulakan provokasi-provokasi di sempadan dan kemuncaknya adalah dengan pelancaran Mivtza Oferet Yetzuka yang dimulai dengan serangan udara ke atas Gaza. Keganasan Operasi ketenteraan Israel ini telah memusnahkan beribu-ribu buah rumah, 15 dari 27 buah hospital di Gaza, 43 dari 110 buah kemudahan pusat kesihatan, 800 buah telaga air, 186 buah rumah hijau, hampir kesemua 10,000 ribu ladang keluarga Palestin, 50,000 orang kehilangan rumah kediaman, 400,000- 500,000 penduduk tanpa bekalan air bersih, 1 juta orang tanpa bekalan elektrik dan keputusan bekalan makanan.
Berikutan dengan ketidakpatuhan rejim pengganas Israel dalam genjatan sejata dan kebiadapan mereka menyerang dan membunuh setiap lapisan rakyat Gaza tidak mengira usia dan profesion mereka maka sayap ketenteraan Hamas, Briged Izzuddin Al Qasam beserta sayap ketenteraan parti Palestin yang lain telah meningkatkan serangan balas roket dan mortar ke wilayah haram Israel. Serangan roket dan mortar ini telah sampai ke bandar utama wilayah haram Israel iaitu Beersheba dan Ashdod buat pertama kalinya. Ianya telah mengenai penempatan haram Israel yang terdiri dari rumah orang awam, sekolah dan tadika. Berita ini didapati dari sumber yang perlu di siasat kesahihannya kerana ianya bermaksud meraih simpati antarabangsa kepada wilayah haram Israel.
Tidak akan sama beberapa kerat sekolah dan tadika Israel haram yang dikatakan dibedil dengan roket pejuang-pejuang Palestin dengan beribu-ribu kanak-kanak, sekolah-sekolah, tadika-tadika dan universiti-universiti serta rumah-rumah orang Palestin yang dihancurkan dan dibunuh oleh pengganas antarabangsa Israel. Kemelut media kini adalah berasaskan oleh lapuran-lapuran palsu oleh wartawan-wartawan yang kebanyakannya berpusat di Amerika Syarikat. Wartawan-wartawan ini sering memanipulasikan ayat dan fakta dengan maksud memuaskan hati Amerika dan Israel serta secara tidak langsung menipu seluruh manusia di dunia ini.
Serangan pihak pengganas Israel ini dilancarkan juga melalui jalan darat yang bermula pada 3 Januari 2008 dan berakhir pada 18 Januari 2008 dan pengunduran tentera secara total adalah pada 21 Januari 2008.
Dianggarkan 1166-1417 rakyat Palestin terbunuh dan hanya 13 orang Israel kehilangan nyawa dan beribu-ribu lagi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal. Lapuran dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengatakan seramai 12 orang rakyat Palestin terbunuh dan 27 lagi cedera akibat dari bahan letupan tentera pengganas Israel yang meletup selepas berakhirnya keganasan ketenteraan Israel ke atas Gaza.
Tulisan Dr Kursiah Mohd Razali. (HALUANPalestin)
*(Link Bahagian 1)

Friday, August 6, 2010

Ku merindu iqa,mae,ainun



Sayang kalian sangat-sangat`








Hari Ini,,,Jumaat,,


Assalamualaikum,, tinta kali ini,, berkisar tentang sesuatu pengajaran life yang aku dapat. Langkah kaki terhenti di kelas blok akademi Islam,,, Majlis Usrah diketuai oleh Ustaz Abdul Mukti b, Baharuddin, AYAHANDA kami pelajar diploma Al-Quran dan As-Sunnah,,
Hati sayu sepanjang kuliah beliau,,,walaupun telah lama kami semua tak berkumpul bersama seperti hari ini, namun beliau sentiasa di hati kami.
Dalam riak wajah beliau ,,jelas terlihat beliau semakin di mamah usia,,namun,,masih mampu memalitkan senyuman kepada kami. Tersentuh hati kami sehingga tak terdaya untuk berkata apa sepanjang usrah,,, Pesan beliau,,,dlm pengajaran sepotong hadis,,, mengenai,,cintakan Allah dan Rasulullah melebihi segalanya,,, kerana itulah tanda keimanan seseorang,,,
Sempat juga beliau berpesan,, memandangkan kami juga semakin hari di mamah usia,,beliau selitkan dengan mencari pasangan hidup yang boleh membahagiakan dengan niat kerana Allah,,,,

Di sini aku memahami bahawa segala apa yang kita lakukan biarlah ia merupakan bukti cinta dan kasih kita kepada kekasih yang kekal dengan rasa sayang iaitu Allah dan Rasulullah,,,

Aku jua mengerti setiap sesuatu dalam hidup kita ini juga adalah amanah,,,

Selesai majlis ,,,ditangguh dgn tasbih kifarah dan surah al-Asr
..........................................................................

11.30 pg

Kaki ini terus melangkah ke tapak ekspo konvo yang mana terdapat pelbagai gerai jualan,,,bersaman sahabat sekuliahku kak odah,ikin,jiha,fza n sha,,
.....saat leka memilih..........
aku lihat sahaja telatah teman-temanku,,kerana aku memang tak plan pun nak membeli,,memandangkan dlm purse hanya ada RM20 sahaja,,hehhe..

...........terlintas di fikiran dan hati,,,,
oh sahabat ,, mungkin kita tidak dapat lagi bertemu dlm suasana begini satu masa nanti,,, tika itu maafkan aku,,,,
.....sempat juga aku berdoa,,,,,
~~~ semoga kita dapat bersama menyarung jubah konvo dan bergambar kenagan bersama nanti~~~~~~ Aku juga berdoa agar kita dapat meneruskan perjuangan kita dalam menuntut ilmu ke peringkat seterusnya~~~~Amin,,,,,

........12.00tgh,,,,,,,,,,

Aku terpaksa meninggalkan kalian yang sedang asyik memilih jubah yang cantik2,,,
langkah ku terus menuju ke gerai pameran Akademi Islam,,,,,
Nabila dan Hanisah (katanya padaku,,lepas ni panggil dia anis,,,aku sempat usik,,tak nak,,nak panggil kak esah,,ketawa kecil nisa hehhe)

TENGAH HARI,,,memang lazim tak ramai org akan dtg ke tapak gerai pameran,,ttp tapak gerai makanan memang la penuh,,,tak perlu promoter,,,,org ttp akan berpusu-pusu..~~
Allah,,

Aku ketika mana sedang leka dengan tinta ayat surah yasiin yang akan masuk mid tearm dikejutkan dgn berita ada budak lelaki lemas di tasik,,,

Innalillahiwainnailaihirajiu'n.... dak kelas kak am(roomate kak kai)

Aku tak mampu nak g ke tempat,,jenazah di naikkan dari tasik dengan alasan pada nabila dan nisa,,"tak pe korang g la,,,ain jaga gerai,,," kay,,,saat itu,,

........hatiku dan akalku berfiki.............

ajal dan maut tidak ,memilih sesiapa,,
tidak mengenal sesiapa,,,
tidak mengira waktu,,,,(saat itu beberapa minit lgi nak masuk waktu Solat Jumaat)

................................AL-FATIHAH ,,,,,,,,,BUAT JUNJUGAN RASULULLAH S.A.W.
................................................BUAT ARWAH FIRDAUS(kwn kelas kak am)
.......................................serta semua yang telah kembali ke Rahmatullah.

....................................................

12.15 mlm,,ibu ngan ayah sampai di parking parcel 9
ALhamdulillah perjalanan mereka selamat,,
aku bergegas turun dari bilik yang memang dekat sambil membawa kunci rumah Mak Co,,
sempat ku salam ayah dan ibu,,
Saat paling best dapat kucupan ibu di dahi dan ayah,,,,

......................................

12.45 mlm

CAL from ayah,,,
Assalamualaikum,,ayah kenapa? Wsalam ayah jawab,,
Along,,kamu tadi minta mee kari,,,pastu,,lupa nak bagi,,,
hehheh
ala sedapnya,,,,ayah simpankala dlm peti sejuk,,sok along panaskan,,,(punyela lapar dan teringin nak makan mee kari tanjung malim)heheh
OFF CAL
..................................

12.50.
berjaya menyerahkan tugasan yang telah disiapkan untuk diprint oleh ikin,,,
dan memerlukan double check olehnya,,,
Alhamdulillah,,segala yang dirancang berjalan lancar,,,,
..............Banyaknyer aku belajar hari ini,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Semoga bersua ,,,lagi dalam redha Allah,,,,,



Salam Mujahidah.....~~~

Monday, August 2, 2010

Al-Quran pegangan hidup

renungan malam

MENAHAN MARAH

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Larangan Jangan Marah

Marah adalah sifat semula jadi yang ada pada semua orang, antara mereka ada yang cepat marah dan ada yang lemah lembut. Marah bukanlah suatu sifat yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan benda-benda yang tidak berakal.

Perasaan marah dapat diatasi dengan mengikuti beberapa panduan yang ditunjukkan oleh Islam, iaitu:

1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah, firman Allah S.W.T: "…Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)

2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf 7:200)

3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)

4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)

Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)

Sahabat-sahabat,,,,