Sunday, August 15, 2010

Aku ingin berkongsi,,,,

Israel & Amerika Merterai Perjanjian Bina Perisai Tercanggih serius
Posted on Abu Ridhwan on July 26, 2010 // Comments Off

Jerusalem, 26 Julai 2010 – Israel dan Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk membina perisai balistik Arrow II yang mampu menembak jatuh peluru berpandu di dataran yang lebih tinggi, demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertahanan Israel pada hari Ahad (25/7).

Arrow III akan membolehkan Israel “menangani ancaman peluru berpandu balistik dengan jarak jauh” dan akan memberi “kemampuan untuk menembak jatuh senjata pemusnah besar-besaran di luar atmosfera,” kata kementerian itu dalam sebuah pernyataan.
Israel menjelaskan bahawa sistem Arrow adalah sebagai persiapan pertahanan mereka terhadap ancaman Iran. Amerika Syarikat, sekutu baratnya dan Israel mengesyaki program nuklear awam Iran direka untuk menghasilkan bom nuklear. Namun Teheran telah menyangkal dakwaan tersebut.
Arrow dihasilkan secara usahasama oleh syarikat milik kedua Negara, iaitu Israel Aerospace Industries dan syarikat Amerika Boeing Co dan telah melibatkan hampir $ 1 bilion dana dari AS sejak awal tahun 1988 lagi. (Reuters/Haaretz)




Mivtza Oferet Yetzuka
Posted on HP Admin on April 16, 2010 // Comments Off
Perkataan di atas adalah sangat asing bagi kita semua. Namun ianya sangat popular di kalangan rejim pengganas Zionist Israel yang sentiasa dahagakan darah pejuang-pejuang kebebasan Palestin dan Al Quds dan realiti beberapa tahun yang lalu menunjukkan mereka sangat dahagakan darah setiap penduduk Palestin terutamanya di Gaza tanpa mengira usia.
Apakah sebenarnya Mivtza Oferet Yetzuka?
Ianya adalah perkataan di dalam bahasa Hebrew yang bermaksud “Operasi Ketenteraan ke atas Wilayah Selatan”. Di dalam bahasa Inggeris adalah “Operation Cast Lead”.
Bagi rejim pengganas Israel, Wilayah Selatan adalah Semenanjung Gaza. Dari istilah ini, kita telah mengetahui akan maksud mereka iaitu mereka masih menggangap Gaza adalah milik mereka sepenuhnya. Tujuan Operasi ini adalah untuk memerangi Hamas namun realitinya adalah untuk memusnahkan dan membunuh kebanyakan dari penduduk gaza.
Operasi Ketenteraan ini lebih dikenali di peringkat antarabangsa sebagai Peperangan ke atas Gaza. Ianya dilancarkan pada 27 Disember 2008 berikutan tamat tempoh gencatan senjata di antara Hamas dan pengganas Israel.
Genjatan senjata di antara pihak berkuasa Palestin (Hamas) dan pengganas Israel bermula dari 19 jun 2008 hingga 19 Disember 2008. Genjatan ini telah menunjukkan komitmen Hamas dalam meletakkan kepentingan rakyat Palestin yang mereka dipertanggungjawabkan. Hamas telah rela meletakkan senjata mereka pada tempuh berikut dengan syarat Israel menghentikan segala sekatan ke atas rakyat Palestin dan membenarkan segala bentuk bantuan kemanusiaan dan keperluan hidup disalurkan kepada rakyat Palestin.
Namun dari dahulu sampailah ke saat ini telah terbukti bahawa pengganas Israel adalah pihak yang telah dan sentiasa mencabuli segala macam bentuk perjanjian yang mereka tandatangani. Hanya beberapa jam selepas genjatan tersebut bermula pada 19 Jun 2008, IDF (Israel Defence Force) iaitu pihak tentera pengganas Israel telah menembak beberapa nelayan dan pekebun Palestin. Sumber maklumat ini telah direkodkan oleh Palestinian Center for Human Rights. Serangan berikutnya adalah pada 23 Jun 2008 di mana tentera pengganas Israel telah menembak kanak-kanak dan orang awam di utara Semenanjung Gaza.
Berikutan dengan kebiadapan dan penipuan pihak pengganas Israel, maka Hamas telah menyerang balas dengan mempergiatkan serangan roket ke atas wilayah Israel haram.
Dunia rata-rata masih lagi tertipu dengan dakyah-dakyah media Amerika Syarikat yang telah memetik kata-kata mantan presiden mereka, Jimmy Carter yang telah membuat kesimpulan bahawa Hamas tidak langsung menunjukkan sebarang komitmen dalam mematuhi syarat-syarat genjatan senjata.
Analisa demi analisa telah dibuat dan telah terbukti di setiap kali perjanjian pihak pengganas zionis Israel yang harus sentiasa dan selamanya dipersalahkan dalam isu-isu ini. Begitulah juga dengan perjanjian Oslo yang mana Fatah telah ditipu dalam isu pembahagian sempadan tebing barat.
————————–
Tulisan Dr Kursiah Mohd Razali. InsyaAllah bersambung di episod lain.






Mivtza Oferet Yetzuka (Bahagian 2)
Posted on Abu Ridhwan on July 26, 2010 // Comments Off
Dalam episod pertama, telah diterangkan bahawa genjatan senjata antara rejim pengganas Israel dan Hamas telah menyaksikan bahawa pihak rejim pengganas Israel telah melanggar syarat-syarat genjatan ini dengan menyerang orang awam beberapa jam sejurus genjatan berlangsung.
Seterusnya pihak rejim pengganas Israel telah menghantar jentolak dan kereta-kereta tank mereka ke sempadan gaza pada 4 November 2008 dengan alasan untuk memusnahkan terowong-terowong bawah tanah. Selain dari itu mereka telah meningkatkan sekatan di sempadan Gaza. Beberapa siri pertembungan senjata di antara kedua-dua pihak berlaku sehinggalah kemuncaknya pada 27 Disember 2008.
Pihak Hamas akhirnya mengulas bahawa genjatan senjata ini tidak akan berjaya kerana pihak rejim pengganas Israel tidak menunjukkan komitmen langsung dalam mematuhi syarat-syarat genjatan.
Pihak rejim pengganas Israel telah memulakan provokasi-provokasi di sempadan dan kemuncaknya adalah dengan pelancaran Mivtza Oferet Yetzuka yang dimulai dengan serangan udara ke atas Gaza. Keganasan Operasi ketenteraan Israel ini telah memusnahkan beribu-ribu buah rumah, 15 dari 27 buah hospital di Gaza, 43 dari 110 buah kemudahan pusat kesihatan, 800 buah telaga air, 186 buah rumah hijau, hampir kesemua 10,000 ribu ladang keluarga Palestin, 50,000 orang kehilangan rumah kediaman, 400,000- 500,000 penduduk tanpa bekalan air bersih, 1 juta orang tanpa bekalan elektrik dan keputusan bekalan makanan.
Berikutan dengan ketidakpatuhan rejim pengganas Israel dalam genjatan sejata dan kebiadapan mereka menyerang dan membunuh setiap lapisan rakyat Gaza tidak mengira usia dan profesion mereka maka sayap ketenteraan Hamas, Briged Izzuddin Al Qasam beserta sayap ketenteraan parti Palestin yang lain telah meningkatkan serangan balas roket dan mortar ke wilayah haram Israel. Serangan roket dan mortar ini telah sampai ke bandar utama wilayah haram Israel iaitu Beersheba dan Ashdod buat pertama kalinya. Ianya telah mengenai penempatan haram Israel yang terdiri dari rumah orang awam, sekolah dan tadika. Berita ini didapati dari sumber yang perlu di siasat kesahihannya kerana ianya bermaksud meraih simpati antarabangsa kepada wilayah haram Israel.
Tidak akan sama beberapa kerat sekolah dan tadika Israel haram yang dikatakan dibedil dengan roket pejuang-pejuang Palestin dengan beribu-ribu kanak-kanak, sekolah-sekolah, tadika-tadika dan universiti-universiti serta rumah-rumah orang Palestin yang dihancurkan dan dibunuh oleh pengganas antarabangsa Israel. Kemelut media kini adalah berasaskan oleh lapuran-lapuran palsu oleh wartawan-wartawan yang kebanyakannya berpusat di Amerika Syarikat. Wartawan-wartawan ini sering memanipulasikan ayat dan fakta dengan maksud memuaskan hati Amerika dan Israel serta secara tidak langsung menipu seluruh manusia di dunia ini.
Serangan pihak pengganas Israel ini dilancarkan juga melalui jalan darat yang bermula pada 3 Januari 2008 dan berakhir pada 18 Januari 2008 dan pengunduran tentera secara total adalah pada 21 Januari 2008.
Dianggarkan 1166-1417 rakyat Palestin terbunuh dan hanya 13 orang Israel kehilangan nyawa dan beribu-ribu lagi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal. Lapuran dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengatakan seramai 12 orang rakyat Palestin terbunuh dan 27 lagi cedera akibat dari bahan letupan tentera pengganas Israel yang meletup selepas berakhirnya keganasan ketenteraan Israel ke atas Gaza.
Tulisan Dr Kursiah Mohd Razali. (HALUANPalestin)
*(Link Bahagian 1)

No comments: