Monday, April 5, 2010

Rahsia Hati

Masa yang berlalu begitu pantas. Hari demi hari meniti waktu mencari jawapan. Aku terus berjalan menongkah arus ini , mencari pelbagai jawapan agar akhirnya hidupku dapat membahagiakan semua orang.
Aku meyakini satu perkara yang selama ini aku alami saban waktu di mana setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. Tidak aku minta untuk bertemu tapi itulah hakikat kehidupan. Sememangnya pertemuan pertama itu begitu indah dan manis, di mana antara aku,dia dan mereka saling berbaik sangka dan saling ingin mengenali antara satu sama lain agar pertemuan yang baru terjalin merapatkan lagi hubungan serta mendekatkan lagi jurang.
Satu ketika dahulu, kita bergelak ketawa , mengadu serta menangis bersama. Satu ketika dahulu, kita bersama bersaing dalam pelajaran,kau,aku dan mereka sama-sama meraih kejayaan. Namun, aku masih ingat lagi saat itu, aku jatuh tersungkur, menanggung sebuah kegagalan yang aku sendiri tidak pinta ia berlaku, Allah memberi ujian itu kepada aku, betapa pedih saat itu, batapa hancur sebuah cita-cita dan harapan yang aku lakarkan. Akukah yang bersalah? Tolong Ya Allah , berikan aku kekuatan di sebalik kehilangan yang benar-benar meragut kehidupan aku.
Sungguh pedih untuk aku menerimanya. Namun , aku yakin setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Aku bangkit dari kegagalan itu, aku berdoa agar ada jalan yang lebih baik untuk kehidupan aku di dunia dan akhirat. Nama aku sudah tertulis untuk mengikuti persimpangan yang sebenarnya aku sendiri tidak pernah gambarkan. Hakikatnya, ia sanagat menenangkan jiwa tatkala ini. Aku terasa kehidupan ini sangat luas dari sebelumnya. Rupanya lakaran aku dahalu masih sempit,dan yang Allah berikan ini sangat luas serta menenangkan aku.
Kini , aku tak serupa dengan sahabat-sahabat dan teman yang pernah seperjuangan dengan aku sewaktu di alam persekolahan dahulu. Aku, dia dan mereka memang berbeza haluan namun satu matlamat yang sama dalam kehidupan sebagai hamba Allah. Persimpangan jalan kami jauh berbeza kini aku telah sedari.

No comments: