Thursday, October 30, 2025

CERITA OKTOBER

 


Sebenarnya, jari-jemari terpanggil untuk menulis. Allah izin semuanya, moga baik-baik sahaja.

Kalau dulu tak perasan, sejak dua menjak ini, banyak sangat peristiwa hidup berlalu. Hampir 10 tahun tidak menulis di sini. Sedang apa diri ini sepanjang tempoh tarbiyah dari Allah. 


Dulu, kali terakhir menukilkan di sini, masih ada ibu dan ayah. Kini, Allah telah ambil kedua-duanya. Begitu juga mertua, kedua-duanya juga telah kembali kepada Allah. Sama-sama doakan, supaya Roh mereka berada di tempat mulia di sisi Allah. Begitu juga diri ini rupanya dah setahun melalui fasa solo kembali genap bulan Oktober ini, Alhamdulillah 'ala kulli hal.


Moga-moga kita semua lebih bertaqwa. Moga-moga akhlak kita bertambah baik dalam Rahmat Ilahi. Rezeki luas, hidup berkat dalam penuh keimanan. Indah sangat-sangat, bila dapat menikmati hidup dengan Iman. Jalan hidup nampak betapa mencabar, tapi diringankan Allah dari jalan yang tidak disangka.


Kadang Allah letakkan kita pada satu tempat , boleh jadi beberapa detik, jam, hari, minggu , bulan mahupun bertahun. Di situ, kita akan jumpa orang, lihat ragamnya dan banyak lagi peristiwa. Allah Maha Adil. Walauapapun kondisi kita hari ni, kita sama-sama merayu kepada Allah untuk jadi hambaNya yang bersyukur. Terima kasih terlebih dahulu, walau masih belum tenang, hargai semua suratan takdir dariNya. Besarkan jiwa, InsyaAllah banyak kebaikan akan mengelilingi kita.


Bukankah kita semua dicipta untuk menjadi HAMBA ALLAH..........


Kini sendiri, Alhamdulillah ....JustMe



Thursday, May 19, 2016

Terima Kasih

Sunday, November 3, 2013

KETIKA ALLAH MEMILIHMU UNTUKKU

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin aku beritahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Ibu bapa  yang begitu sempurna..
Dengan cinta yang begitu mekar..
Aku dibesarkan dengan limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu aku katakan..
Saat Allah memilih mu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dengan sayang yang begitu indah..
 
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka waktu itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kau pun bukanlah lelaki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan bersatu..
 
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi ‘kita’..
 
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dengan ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yang mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau pun telah menempa dirimu dengan ilmuNya..
Maka genggam tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah padaNya ta’ala..
 
Padamu yang Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tetapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah. .
Tenangkan aku dengan genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dengan bijak dan hikmah..
Nescaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
 
Padamu yang Allah tetapkan sebagai pelindungku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata – kata mu adalah titah untukku,
Selama tidak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah pelindung yang indah, yang kukuh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
 
Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yang dirindukan syurga..
Yang dadanya akan diisi dengan amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yang penuh berkat, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yang penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke SyurgaNya..
Kerana bagiku kau adalah kunci Syurgaku..



Friday, September 13, 2013

Semoga Aku berkesempatan

Target hidup - Menunaikan ibadah Haji

Semoga Allah mengizinkannya suatu hari nanti



Nak jumpa lagi boleh ?

Bila ikhlas bersahabat,,, yakinilah Allah jua akan menemukan kita ....




TERSEPIT



Bukanlah mudah untuk menyatakan tidak.

Awan tebal di dada  langit mendung jadinya cuaca di bumi negeri sembilan tanah kelahiranku. Perjalanan yang diteruskan hari ini sangat padat dengan pelbagai persoalan yang terungkai jawapannya satu demi satu.

Rasa sayang ini mula menebal dari hari ke sehari. Namun apakah daya aku perlu akur dengan tempoh masa yang telah ditetapkan ini. Bukan aku tidak sayang, bukan aku tidak rindu namun aku perlu pendamkan sagalanya demi sebuah keberkatan.

Aku rela mengecewakanmu kini dari kau kecewa akan datang. Aku rela aku dikecewakan hari ini dari menanggung kecewa kelak. Biarpun aku kelihatan tersepit dengan keputusan ini, namun ia adalah demi untuk sebuah kebaikan dan keberkatan.

Jika diikut rasa sayang yang menebal, akan ku cuba penuhi segala permintaanmu. Namun hakikat kebahagiaan bagaimana yang sebenarnya ingin aku dan kau miliki? Jika itu persoalan yang membelenggu usah dirisau lagi, teruskan ceria dan bersabar serta yakin Allah jua pemilik segala. Allah pasti akan penuhi segala permintaanmu, cuma ia sangat esklusif untuk diberi sekarang. Allah adalah Tuhan sekalian alam. Dia lebih memahami apa yang kita perlukan dan lebih mengetahui kekuatan dan kemampuan kita sebenarnya dari kita. Kerana kita sendiri masih belum mengenal diri kita.

Ujian sayang kita ini kita bergantunglah pada Allah,,, cinta kau dan aku hanya kerana Allah,,,,bukan kerana nafsu semata.

                                           Sentiasa Sabar Itu Bahagia- SSIB
                                                        ain&Fi

Menjadi lebih baik moga lebih bahagia

Muncul story baru dalam hidup,,,,,

Dengan izin Allah kita masih berpeluang untuk teruskan hidup. Biarpun siapa diri kita, seorang pelajar, seorang pekerja, seorang penganggur, seorang jutawan yang terlalu banyak harta, seorang fakir yang hidup terkais-kais  atau seorang yang terpaksa menempuh penyakit kronik atau jua seorang yang masih tercari siapa diri ini, atau seorang yang sedar diri ini pesalah,,, bersyukurlah. Aku ingin rasa bersyukur itu sentiasa hadir dalam diri. Ucapkan Alhamdulillah,, Alhamdulillah, Alhamdulillah. ucapkanlah lagi Alhamdulillah,,,

         Bayangkan maknanya, Segala Puji Bagi Allah. Allah ,,,pemilik segala yang baik dan buruk.

Sabar dan Reda serta Tawakal pada kalimah Tauhid. Bersyukur kerana kita masih sedar siapa kita. Bersyukurlah,,, Alhamdulillah ,,,

Masih belum terlambat untuk kita membaiki kehidupan yang lebih baik.

                               >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku biarkan jari ini menulis terus apa yang tersurat untuk mengungkap apa yang tersurat. Sejujurnya,,, dengan izin Allah jua, semoga apa yang ku coretkan ini membawa satu pengajaran ke dalam kehidupan yang lebih baik dan hebat di sisi ALLAH S.W.T.

Pernah beberapa tahun yang lalu, aku ceria. Sangat ceria tanpa peduli siapa. Itulah aku. Berlari ke sana sini dengan  hati yang berbunga. Segarnya rasa bila dikenangkan semula. Hanya masalah ataupun kesalahan kecil sahaja yang aku lakukan tika itu dan masih boleh diperbaiki. Masih ceria dan masih terus berlari.

Kisahku dan warna ceria ini bukan abadi. Cuma sinar dan cahaya ceria seperti itu telah berlalu dan tidak akan hadir lagi. Keputusan yang aku buat lima tahun yang lalu benar-benar memberi warna-warni dalam hidupku. Adakalanya ia ceria, ada masanya pula suram ada masanya pudar dan pucat. Inilah keputusan yang aku pilih dan semoga aku sabar dan kuat menempuhnya. Semoga Allah sentiasa pelihara aku dalam kebaikan atas keputusan yang aku pilih.

Tiada lagi kebimbangan sejak semenjak ini,,, kerana Allah sedarkan aku dengan pelbagai peristiwa bahawa aku hanya perlu begantung sepenuhnya pada Allah. Tiadalah jua istilah sunyi menerjah jiwaku kini. Hari ini aku diizinkan ALLAH dengan satu rasa yakin bahawa Allah sentiasa Ada... ya,,keraplah berdoa agar Allah sentiasa mendengar Doa-doa kita hamba-Nya yang kerdil lagi lemah.

Jika Allah pisahkan sementara kita dengan seorang teman, usahlah berduka wahai diri, ku pohon doa pada Allah agar menggantikan teman yang lebih baik. Ternyata, teman itu luas maknanya. Jika kita gundah atau celaru,,,carilah teman yang benar-benar jujur dan faham isi hati kita,,, Susah bukan? Namun,,, jika kita berteman dengan kalam Allah segala rasa gundah itu rasa telah reda seolah-olah ada yang menyirami hati ini malah mengisi hati ini.

Isikanlah hati dan masa kita dengan kalam Allah. Sabar dan teruskanlah. Nikmatnya pasti tak terucap dengan kata-kata. Moga dengannya kita tergolong di kalangan hamba Allah yang sentiasa beriman kepada Nya. Moga kita jauh dari golongan munafik yang sangat menzalimi diri sendiri.

Teruskanlah perjuangan membaiki iman.akhlak.dengan menuntut Ilmu.

                                                   
                                                    Sentiasa Sabar Itu Bahagia- SSIB
                                                                           ain&fi
CERIAKANLAH DENGAN ZIKRU A'LA ALLAH