Friday, September 13, 2013

Menjadi lebih baik moga lebih bahagia

Muncul story baru dalam hidup,,,,,

Dengan izin Allah kita masih berpeluang untuk teruskan hidup. Biarpun siapa diri kita, seorang pelajar, seorang pekerja, seorang penganggur, seorang jutawan yang terlalu banyak harta, seorang fakir yang hidup terkais-kais  atau seorang yang terpaksa menempuh penyakit kronik atau jua seorang yang masih tercari siapa diri ini, atau seorang yang sedar diri ini pesalah,,, bersyukurlah. Aku ingin rasa bersyukur itu sentiasa hadir dalam diri. Ucapkan Alhamdulillah,, Alhamdulillah, Alhamdulillah. ucapkanlah lagi Alhamdulillah,,,

         Bayangkan maknanya, Segala Puji Bagi Allah. Allah ,,,pemilik segala yang baik dan buruk.

Sabar dan Reda serta Tawakal pada kalimah Tauhid. Bersyukur kerana kita masih sedar siapa kita. Bersyukurlah,,, Alhamdulillah ,,,

Masih belum terlambat untuk kita membaiki kehidupan yang lebih baik.

                               >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku biarkan jari ini menulis terus apa yang tersurat untuk mengungkap apa yang tersurat. Sejujurnya,,, dengan izin Allah jua, semoga apa yang ku coretkan ini membawa satu pengajaran ke dalam kehidupan yang lebih baik dan hebat di sisi ALLAH S.W.T.

Pernah beberapa tahun yang lalu, aku ceria. Sangat ceria tanpa peduli siapa. Itulah aku. Berlari ke sana sini dengan  hati yang berbunga. Segarnya rasa bila dikenangkan semula. Hanya masalah ataupun kesalahan kecil sahaja yang aku lakukan tika itu dan masih boleh diperbaiki. Masih ceria dan masih terus berlari.

Kisahku dan warna ceria ini bukan abadi. Cuma sinar dan cahaya ceria seperti itu telah berlalu dan tidak akan hadir lagi. Keputusan yang aku buat lima tahun yang lalu benar-benar memberi warna-warni dalam hidupku. Adakalanya ia ceria, ada masanya pula suram ada masanya pudar dan pucat. Inilah keputusan yang aku pilih dan semoga aku sabar dan kuat menempuhnya. Semoga Allah sentiasa pelihara aku dalam kebaikan atas keputusan yang aku pilih.

Tiada lagi kebimbangan sejak semenjak ini,,, kerana Allah sedarkan aku dengan pelbagai peristiwa bahawa aku hanya perlu begantung sepenuhnya pada Allah. Tiadalah jua istilah sunyi menerjah jiwaku kini. Hari ini aku diizinkan ALLAH dengan satu rasa yakin bahawa Allah sentiasa Ada... ya,,keraplah berdoa agar Allah sentiasa mendengar Doa-doa kita hamba-Nya yang kerdil lagi lemah.

Jika Allah pisahkan sementara kita dengan seorang teman, usahlah berduka wahai diri, ku pohon doa pada Allah agar menggantikan teman yang lebih baik. Ternyata, teman itu luas maknanya. Jika kita gundah atau celaru,,,carilah teman yang benar-benar jujur dan faham isi hati kita,,, Susah bukan? Namun,,, jika kita berteman dengan kalam Allah segala rasa gundah itu rasa telah reda seolah-olah ada yang menyirami hati ini malah mengisi hati ini.

Isikanlah hati dan masa kita dengan kalam Allah. Sabar dan teruskanlah. Nikmatnya pasti tak terucap dengan kata-kata. Moga dengannya kita tergolong di kalangan hamba Allah yang sentiasa beriman kepada Nya. Moga kita jauh dari golongan munafik yang sangat menzalimi diri sendiri.

Teruskanlah perjuangan membaiki iman.akhlak.dengan menuntut Ilmu.

                                                   
                                                    Sentiasa Sabar Itu Bahagia- SSIB
                                                                           ain&fi
CERIAKANLAH DENGAN ZIKRU A'LA ALLAH

No comments: