Friday, September 13, 2013

Merdekakah?

2013, September - Penghulu Segala Hari

Hujan lebat selama 30 minit berlalu sudah, nafas ditarik terbau segar pohon hijau di luar jendela aras 4. Syukur kepada Allah s.w.t yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, memberi kita peluang untuk terus hidup.

     Setiap hari biasanya aku bangun dan terus menyiapkan aktiviti yang telah direncanakan. Namun, hari ini sangat berbeza dengan semalam  dan sebelum ini. Aku lebih bertenang dan perlahan-lahan melihat diri ini dengan renungan yang penuh persoalan di sebalik cermin. Soalan yang bertalu-talu menerjah jiwa dan benakku. ...

                 "Siapa aku?" ..............lama aku diamkan diri. Namun tiada jawapan ........
kali kedua soalan yang sama "Siapa aku?"..............masih bisu dan membatu tapi air retina basah ke pipi....
untuk kali yang ketiga ,,,,,aku gagahkan diri bertanya lagi..."Siapa aku?" ..........................


,,,,,,,,,,,,,,,,,,Hanya Allah sahaja yang tahu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

                    Aku paksa jua diri ini untuk menjawab persoalan itu. Siapa aku di sebalik Nurain binti Sulaiman. Siapa aku di sebalik wajah ini,,,,

                        Aku hamba Allah s.w.t yang diberi amanah untuk meneruskan perjuangan sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Dilahirkan dari perut seorang ibu yang penyayang, Puan Napisah bt Ramli Muzammil bukan untuk sia-sia tapi ada amanah yang menanti. Dibesarkan oleh seorang ayah Encik Sulaiman b. Md Maliki dengan penuh kesungguhan bukan untuk suka-suka semata. Inilah sebahagian jawapannya.

       Menjadi pelajar Fakulti Quran dan Sunnah bukan untuk mengejar segulung ijazah sahaja. Menjadi pinangan seorang lelaki bukan untuk berhibur semata. Diam,,,,,, aku diam memikirkan semua yang telah berlaku sepantas ini. Renungan ke luar jendela membuat satu lagi persoalan. Siapa kata aku merdeka?  ,,,,,,
Aku terikat dengan banyak perkara,,,, bezanya aku tidak dijajah secara fizikal, keputusan yang aku lakukan masih bebas namun masih terikat dengan segala tanggungjawab siapa aku?


Kenapa aku bicarakannya?

Mana tidaknya, aku hanya hamba kepada Allah al-Khalik, namun aku bersyukur kalimah Syahadah itu masih bergetar jika dilafazkan. Syukur tidak terhingga. Biarpun aku sedar, aku tidak mampu menyatakan tidak yang aku pernah khilaf dalam hidup ini. 

Hari berganti minggu dan bulan, aku masih berlari mengejar sesuatu tanpa lelah, iaitu sebuah pengampunan dari Yang Maha Esa. Moga hari-hariku lebih terasa manisnya beriman kepada Allah dan Rasul. 

Biarpun aku bebas merencana segala sana-sini, aku sedar pemilik tetap untuk segalanya cukuplah Allah dan kepada Allah aku bergantung penuh atas kehidupan aku yang masih tersisa ini. 

Jika wang yang aku kejar pasti dari dulu lagi keputusan berhenti belajar aku noktahkan. 
Jika cinta manusia yang aku idam pasti dari dulu lagi aku tidak tidak di sini.
Jika bebas yang aku pilih sudah tentu dulu aku tidak mengejar masa ke sana sini.


Sentiasa Sabar Itu Bahagia-SSIB
ain&fi


No comments: