Wednesday, July 14, 2010

Perkongsian Kita,,,,,

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala pui pada Allah yang memberikan nikmat hidup sehingga saat ini.. Sekadar perkongsian bersama,,walau rutinku penuh dengan kuliah serta kerja-kerja yang perlu dibereskan,,,
Tinta kali ini istemewa,,kerna aku digerakkan oleh naluri kecil hatiku untuk mencoretkan sesuatu sekadar ingin bersama rakan siber berkongsi pengalaman yang berkait rapat dengan kehidupan seharian,,,

..Saya yakin ramai yang biasa ketemui ukwah fillah,,membawa maksud ukhwah kerana Allah,,
Sememangnya dalam menjalani kehidupan seharian kita tidak boleh berpisah dengan bermuamalah bersama orang sekeliling... Jangan lihat pada keadaan yang besar, cukuplah rakan sebilik kita mahupun sekuliah ,,,,

...Apakah dia sudah solat? Apakah dia sudah makan? Apakah kita ada melakukan kesalahan padanya? Banyakla lagi persoalan yang biasa kita bangkitkan tanpa sedari ... Adakah dia sihat? Kenapa dia diam sahaja tak berkata? ...Ikutkan segelintir pendapat ..." ala, tak yah kisah hal orang,,,dia pun tak kisah hal kita..." ,,,, sedihnya bila dengar pendapat seperti itu,,,,

Sepatutnya,,, setelah berbulan lamanya,,menjadi rakan sebilik mahupun sekuliah,,,kita boleh menerima baik buruk mereka ataupun dia,,,, Ya lah,, bila kita fikirkan balik,,,secara positifnya,,sifat buruk kita yang kita tidak perasan selama ini mungkin dimaafkan atau boleh diterima oleh mereka atau dia tanpa kita sedari,,,

Bersyukurlah pada Allah,,akan ukhwah ini,,,semoga silaturrahim ini membawa barakah,,, menjadikan kita insan yang lebih cemerlang,,matang,,dan sebagainya,,,, Adat dalam perhubungan ada pasang surut,,,, kadang-kadang kita boleh bergelak ketawa bersama,,,kadang-kadang menangis,,begitulah seterusnya,,,,Jika ada sesuatu kemungkaran yang berlaku,,maka kita tegurlah dengan cara yang berhekmah,,,,,

Tapi,,,janganlah kita lupa untuk bertawakal pada Allah yang berhak membolak-balikkan hati kita,,, Walau apapun terjadi antara kita,mereka dan dia,,,sama-samalah kita pasrah,,,dan berdoa agar Allah menyatukan kembali hati-hati sahabat kita yang ikhlas dalam menjalinkan hubungan,,,,,

Ingatlah bahawa Allah sahaja yang layak untuk menguji,,mahupun menilai hambaNya,,,
Insyaallah,,ukhwah yang terbina walau dilanda badai sekali,,pasti akan kembali tenang,,,

Ingatlah juga kita bersama,,,akan musuh yang terang-terang di hadapan kita tapi tak dapat dilihat dengan mata kasar,,kerna dia (syaitan) memang suka akan permusuhan dan persengketaan antara sesama umat Islam,,,,...

Berlindunglah pada Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam kerana marah itu datangnya daripada syaitan .

اعوذ باالله من الشيطان الرجيم

MAKSUDNYA:" Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam."

Bila kita marah,,berzikirlah,,
Bila kita gembira,,,bersyukurlah,,
Bila kita menangis,,, samada gembira atau sedih marilah bersama insaflah,,,

yakinlah pada Allah dalam firmanNya :
"Tidaklah mereka mengetahui bahawasanya ALLAH menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya." Surah at-tawbah 9:104

Allah,,Allah,,Allah,,,

Kata Hukama,,,
Elakkan daripada mereka yang suka memperkecilkan atau menakut-nakutkan anda,,,"Siapa kita lima tahun akan datang, akan ditentukan buku yang kita baca,,dan dengan siapa kita bergaul pada hari ini...

Marilah bersama kita maafkan kesalahan orang lain dan mudah meminta maaf apabila kita bersalah,,,,

No comments: