Monday, July 26, 2010

Semoga kita terpilih


Surah Yaasin
Ayat 55-58 ( Balasan Orang Yang Membuat Kebaikan)
Dipetik dari buku Tafir Wa Hifz 1.

Munasabah Ayat Sebelum :
Setelah Allah menerangkan keadaan peristiwa yang berlaku pada hari kebangkitan, dan tiada syak lagi, dan Allah ceritakan pada hari Qiamat tentang pembalasan yang adil . Allah Menjelaskan dalam ayat kali ini tentang ganjaran kepada orang melakukan kebaikan iaitu mentaati Allah dan meninggalkan laranganNYA. Kemudiaan Allah ceritakan tentang apa yang diperoleh oleh hambaNYA yang beriman dan mentaati segala perintahNYA di akhirat iaitu SYurga yang dijanjikan Allah untuk memberi galakan kepada setiap hambaNya melakukan amal Soleh dan beri ancaman supaya takut melakukan keburukan.

Tafsir Ayat :

(55. Sesungguhnya penduduk syurga pada hari itu, berada Dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan;)


Sesungguhnya penghuni syurga pada hari pembalasan keadaan mereka asyik dan sibuk tentang nikmat yang Allah beri, dan tidak ingat (ambil kisah) apa yang terjadi pada penghuni neraka, mereka leka berhibur dengan bidadari, makanan,minuman,dan juga mendengar hiburan.
Berkata Abu Hayan : Menjelaskan akan keadaan mereka yang sibuk dengan nikmat Allah tidak terbayang oleh akal.
Berkata Ibnu Abbas : Mereka (ahli syurga) seronok dengan anak dara dan juga hiburan, dan tidak ingat pun pada penghuni neraka (yang sedang menanggung azab seksaan akibat melanggar perintah Allah) , supaya mereka (ahli syurga)tidak rasa susah .





56. Mereka Dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat Yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin;


Suami dan isteri di dalam bayangan syurga berpanjangan luas dan selesa, di dalam syurga tidak panas mahupun terlalu sejuk, mereka(ahli syurga) seronok menyandar di atas katil-katil pelamin yang cantik dihiasi dengan langsir.


57. Mereka beroleh Dalam syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja Yang mereka kehendaki;

Di dalamnya banyak buah-buahan daripada semua jenis buah-buahan. Dan bagi mereka (ahli syurga) apa yang terlintas di dalam hati pasti akan dapat .


58. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Bagi mereka juga ucapan salam yang mulia dari Allah (TUHAN MEREKA) YANG Maha Penyayang.


Dan pada hadis Ibnu Abi Hati dan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam sunannya:
Ketika mana penghuni syurga sedang berseronok dengan nikmat mereka ada tiba-tiba ada cahaya datang, mereka(ahli syurga) mengangkat kepala mereka maka nampaklah mereka akan Allah, Maka Allah beri salam sebagai tanda memuliakan mereka (ahli syurga) dihadapan mereka, Assalamuaalaikum wahai ahli syurga, maka berkata Allah Taala ayat 58 tersebut. Mata ahli syurga semuanya tidak berpaling sama sekali pada nikmat yang ada kecuali hanya melihat ALLAH dalam cahaya tersebut sehinggalah ia terhijab dari pandangan mereka.


Semoga kita dapat menghayati dan ambil iktibar,,,,,,Wallahualam...

No comments: