Friday, October 8, 2010

Laman Kesihatan

Tajuk: TANDA-TANDA penyakit KANSER PERUT
Dikirim oleh: NurWahidaFauzi on 10 July, 2007, 08:34:25 PM


Tanda-tanda penyakit kanser perut

AMALAN pemakanan yang seimbang dan sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang.
Ketidakseimbangan pemakanan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai gejala penyakit pada tubuh.

Bagi kebanyakan penyakit tertentu, amalan pemakanan seseorang mempunyai kaitan rapat dengan penyakit yang dihidapi.

Demikian menurut Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad.

Katanya seperti penyakit-penyakit kanser lain, punca kanser perut masih belum dapat dikenal pasti.

Bagaimanapun, katanya kemungkinan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai N-nitrosa (N-Nitrosa compound) yang terhasil daripada makanan yang mengandungi nitrat yang diubah menjadi nitrit mungkin boleh menyebabkan kanser perut berlaku.

³Terdapat andaian mengatakan makanan seperti acar, daging, ikan yang diasap atau mengandungi banyak garam seperti ikan atau daging masin memudahkan proses karsinogenesis iaitu pencetus kejadian kanser perut dan pembiakan sel tanpa kawalan pada perut,¹¹ jelasnya.

Selain itu, faktor baka dan individu yang dikategori dalam kumpulan darah jenis A, berisiko tinggi mendapat kanser perut anemia pernisiosa iaitu kelainan pada sel-sel perut yang bersifat autoimun boleh meningkatkan risiko kejadian kanser.

Aminuddin memberitahu, kanser ini secara umumnya berlaku ketika usia yang lanjut.

³Lebih 60 peratus kes-kes kanser yang ditemui pada pesakit yang berumur 65 tahun ke atas biasanya terdiri daripada golongan lelaki,¹¹ ujarnya.


No comments: