Monday, October 4, 2010

RayER dh hampir penghujung....=)


Assalamualaikum w.b.t.

Salam kejayaan,,,buat semua! Kejayaan kita menempuh hari baru, kejayaan kita menunaikan ibadah dan tanggungjawab. Begitu kejayaam maknanya sangat subjektif pada setiap invidu di dunia ini. Perasaan kita masa berjaya adalah sangat gembira. Bersyukur pada Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah atau lebih baik lagi sujud syukur, (jgn lupa takbir Allahuakbar sebelum sujud yer...) agar sah sujud itu.

Dalam kesibukan kita menghadiri jemputan rumah terbuka, kenduri serta menziarah saudara mara, jangan lupa untuk kita sama-sama merebut peluang menunaikan puasa sunat Aidil Fitri bagi yang belum menunaikannya, agar kita lebih dekat dengan Allah dan salah satu cara kita menzahirkan kesyukuran pada Allah atas nikmat yang pelbagai kita peroleh.

Juga peringatan bersama, setelah beberapa hari kita bergraduasi dari Ramadhan, semoga apa yang diamalkan seperti bertadarus dan berqiamulail dapat terus kita istiqamah dalam mengerjakannya, Amin. Semoga pentarbiyahan Ramadhan mengikat kita terus untuk berlumba-lumba beribadah kepada Allah, dengan seikhlas hati,Insyaallah.

Sambil kita bergembira, mari kita sama-sama berterusan bermaafan seperti apa yang kebiaasaan dilakukan pada awal Syawal . Walaupun masih ada rasa sebak atau perit di hati untuk menerima kemaafan dari seseorang akibat perbuatannya yang kita sendiri tidak duga, eloklah jika kita ringankan lafaz "saya maafkan" semoga kemaafan itu memberikan kita nafas baru untuk terus berjaya.

No comments: