Monday, April 9, 2012






Persahabatan yang dirasai kini semakin terasa,,,indahnya kehidupan memiliki sahabat-sahabat yang baik.

Bertambahnya sahabat, bertambahlah pengalaman dan cerita baru. Dahulu masa diploma berjalan-jalan di PD. Kini mara selangkah ke Melaka bersama sahabat.

Susah senang sama-sama begitulah kehidupannya. Walau terluka pasti Allah hadirkan sahabat menemani kita untuk merawat luka itu dengan sendirinya tanpa kita sedari. Alhamdulillah.

Pentingnya rehlah jelas sekali dapat dikatakan. Rehlah mengikat utuh tali persahabatan. Mendekatkan jiwa yang jauh agar hidup berjemaah. Bersolat berjemaah, makan berjemaah dan berjalan pun berjemaah. Bukankah musuh yang nyata tidak suka manusia menjalankan aktiviti berukhwah? So, ukhwah ini belum pasti utuh jika tidak menempuh ujian. Beberapa hari sebelum perjalanan, kami diuji dengan sedikit salah faham. Cukup menekan emosi ketika itu kerana perlu fokuskan pada sesi kulliyah. Pujuk dalam diri, Allah maha ADIL pasti ada hikmah. Ya, ternyata salah faham itu berakhir bagai air mengalir, hilang lenyap menyepi entah ke mana. Masing-masing kembali bertaut di hari kami bertolak walau ada tiga orang sahabat muslimah tidak dapat serta.

Allah, Allah, Allah, ceria pelangi jiwa ketika itu. Inilah rombongan ukhwah. Kami menelusuri lebuh raya utara selatan seawal 9 pagi dengan konvoi 5 buah kereta semuanya. Kebetulan semua kereta berwarna hitam menambahkan lagi suasan ceria berkonvoi. Singgah sarapan di Pantai Port Dickson, bukan bersarapan sahaja tapi sempat mencuri peluang menaiki bot laju bersama sahabat. Kebetulan ibu ayah tercinta pun ada kerana hendak habiskan cuti sekolah, maka adik sepupu turut serta menaiki bot.

2 JAM dihabiskan di Pd. Perjalanan di teruskan ke Melaka. Chelet di Bandar Hilir menyelesakan kami dan berehat sampai 6 petang. Bermula semua expedisi round-round Bandaraya Melaka. Kesesakkan yang teruk membuatkan kami mengambil keputusan parking kereta dan berjalan kaki sahaja di bandar. Melaka, banyak sungguh pelancong. Saya adalah pelancong tetapnya setiap tahun huhuhu. Menikmati bandar raya Melaka, dan bergambar kenangan. Perjalanan save budget, so kami hanya keluarkan camera masing-masing merakam sejarah. Tiada siapa antara kami yang menaiki bot dua alam, monorail atau menara taming sari. ....huhu maafla ya sahabat, saya dah jenuh gayat kat atas menara taming sari so, saya memang pandang sebelah mata je hari tu,,,huhu

Maghrib tiba, kami ambil keputusan jama' ta'khir. River cruise menggamit-gamit dengan offer orice RM8 each. So rebut peluang naik bot lagi. Plan utama lepas turun nak solat d masjid terapung,,,(huhuhu ain jer panggil nama tu x so google la ekk namanya) tapi ramai yang keletihan maka terus pulang ke chalet.

11 MLM setelah solat dan berehat,,,(siap terlelap lagi dalam AFH****,,,,, sebab kat chalet riuh,,mengantuk sangat) so,,, siap2 berBBQ... tolong tgk je coz muslimin yang prepare semua.
meriah juga la siap ada game kotak beracun (tujuan nak mengenali sahabt dengan lebih dekat dengan soalan yang mengena huhuhuu) sampai 3 pagi.

6.30 pg
agak lewat subuh kami....namun, tetap ditunaikan secara berjemaah. seusai itu ada tazkirah subuh lagi dari imam solat ketika itu. peringatan bahawa kehidupan hanya sementara sahaja.
menusuk jiwa dan minda,,,, sahabat,, salinglah kita ingat-mengingati antara satu sama lain agar kita lebih bertaqwa kepada Allah...

8.30 PAGI AHAD
Sarapan handmade, cucur dan nasi lemak order,,,ayam BBQ yang dipanaskan dalam ketuhar, dan juga popiah segera...ALhamdulillah banyk sungguh menu nya. Berkat berjemaah..kenyang sudah kami bersarapan, beriadah pula.huhuuh terbalik...

11.45 tgh bertolaj pulang dari Allisya homestay, bandar hilir melaka....lambaian selamat jalan teraasa sekali,,huhuu

2pm berhenti solat zuhur jama' dgn asar. SAMBUNG perjalanan. dan berhenti lagi d pantai PD kerana perminataan majority nak mandi pantai.huuu saya berangan seketika sementara menuggu hampir 2 jam sahabat2 bermandi-mandi dan ada yg shopping sakan.

................................pulang dan selamat tiba di KK1 jam 9 mlm Alhamdulillah =) .................

semoga ada peluang lagi kita berehlah bersama

No comments: